Sunday, 27 February 2011

|PRK, MPP & MCM2|

Hah, minggu ni merupakan hari mengundi untuk calon MPP USM sidang 2011/2012. Berbanding tahun lepas, pemilihan kali ini bermula lewat sebab kalendar akademik kan dah ubah, so semua pun kenalah lambatkan. Bagi saya kalau berbanding ngan tahun lepas, tahun ni kempen agak sengit sebab banyak sangat skul yang bertanding untuk masuk MPP,  berbanding tahun lepas di mana agak banyak pula skul yang menang tanpa bertanding. Bagi saya ini adalah sesuatu yang positif di mana bilangan calon yang banyak menunjukkan bahawa ramai mahasiswa mempunyai kesedaran untuk memperbaiki keadaan semasa kampus dan membela diri serta menjaga kebajikan mahasiswa kampus secara amnya. Tapi harus diingatkan bahawa bilangan calon yang ramai pun tak semestinya menunjukkan bahawa ramai mahasiswa berpandangan seperti di atas. Mungkin ada yang dipaksa masuk MPP, mungkin ada juga yang ingin meraih populariti. Tapi walau bagaimanapun, itu adalah keputusan dorg kan, kita sebagai pemerhati dari jauh hanya mampu menilai berasaskan bukti dan fakta yang kukuh, ataupun sekadar cakap2 kosong je.

Tanggal 21 Februari 2011 yang lalu menyaksikan Aspirasi USM membolot 24 kerusi yang dipertandingkan, Pro-M pula membolot 13 kerusi, manakala bebas menang satu. Tapi dgr kata, salah seorang calon MPP skul IK buat bantahan terhadap calon bebas tersebut, Bayang Uding, atas dasar bahawa undian tersebut tidak betul. So kalau benar, calon MPP Farhana akan naik jadi MPP, dan bukannya Bayang. Ape2 je lah, yang penting bila dah diberi jawatan dan tugas, maka harus dilaksanakan tugas itu sesuai dengan jawatan yang dijawat. Harap tak bersifat perkauman ekh. 

Kerusi umum pula telah dimenangi oleh 3 calon Aspirasi dan 3 calon Pro-M. Tapi ramai yang terkejut pabila Fatin, seorang mahasiswa tahun satu yang bertanding untuk kerusi umum kali ini, meraih undian yang tertinggi, sekaligus mencetuskan kontroversi adakah beliau akan dilantik sebagai YDP MPP USM 2011/2012. Ramai yang mengatakan pemilihan itu bergantung dalam mesyuarat untuk menetapkan tugas serta jawatan baru MPP USM 2011/2012. So harap2 apa2 pun keputusan yang dibuat, semoga ahli MPP sekalian bijak membuat keputusan memilih siapakah YDP berketrampilan yang boleh memimpin MPP USM kali ini. Dan diharapkan juga agar YDP tersebut bijak dalam mengatur segala langkah pemikiran yang dibuat agar bersesuaian dengan hala tuju universiti serta mahasiswa kampus secara amnya. 

Senario luar USM pula menceritakan hal yang berlainan pula. Daripada 13 universiti yang mengadakan pemilihan MPP pada 21 Februari lalu, 8 daripada universiti tersebut telah dikuasai oleh Pro-M, sekaligus mencetuskan kebimbangan adakah senario politik mahasiswa akan bersangkut-paut dengan senario pilihanraya umum negara pada tahun hadapan. Hal ini kerana Pro-M (Pro-Mahasiswa) lebih sinonim ke arah parti pembangkang (DAP, PKR) manakala Aspirasi pula lebih dikaitkan dengan parti pemerintah kerajaan pusat (UMNO, BN). Jika beginilah keadaan politik mahasiswa dalam universiti sekarang, pastinya pihak pembangkang tidak akan melepaskan peluang untuk meraih setiap peluang yang ada bagi memastikan bahawa kemenangan berpihak di tangan mereka. 

Universiti yang dikuasai oleh Pro-M pada tanggal 21 Februari lalu adalah:

  1. UM
  2. UKM
  3. UPSI
  4. USIM
  5. UMS
  6. UMS cawangan Labuan
  7. USM Kubang Kerian
  8. UMK
Sampai setakat ni je data yang saya ada sekarang. Dengar cerita Pro-M nak sangat menang USM, betul ke??? Tujuan dorg mungkin kerana ingin menggunakan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa sebagai tujuan untuk mereka memansuhkan AUKU. Apatah lagi kemenangan Pro-M ke atas USM bermakna kemenangan ke atas Apex USM, universiti pertama yang dinobatkan sebagai universiti kecemerlangan negara. DPP saya lihat sebagai satu medium yang bagus untuk menyuarakan pendapat atau usul ke peringkat yang lebih tinggi lagi melepasi Naib Canselor USM sendiri, yakni terus ke peringkat menteri. Malah, rangka DPP juga telah diserapkan ke dalam beberapa universiti2 yang lain, malah turut menjadi ikutan negeri2 lain, dan diimplementasikan dalam politik negeri tersebut. So, tak hairan lah kan kalau dorg nak sangat menang. 

Tapi apa2 pun, dengan kuasa yang diberikan, haruslah menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar. Persoalannya kini, mampukah MPP USM 2011/2012 menggalas bebanan tersebut??? Tunggu dan saksikan je lah...

1 comment:

  1. http://meruankungenang.blogspot.com/2011/02/pandangan-peribadi-tentang-pilihan-raya.html

    ReplyDelete