Saturday 15 January 2011

|review: Khurafat|


"Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Hal ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…"

"Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Hal ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati membunuh diri dengan mayatnya di atas katil. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya…perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi."

Filem ni merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam. Seriously, cerita ni mmg best. First tgk trailer Khurafat pun dah rasa gempak, mesti movie pun gempak. Dan ternyata btul sangkaan hati. Cerita ni mmg gila2 seram (sebab tgk sorg2, hahahahaha), sbb tgk dlm trailer tak banyak sgt scene hantu, yelah takkan nak bagi spoil cerita dlm trailer kan. Scene hantu dalam cerita ni mmg banyak, ditambah lagi dengan karakter Johan yang bekerja sebagai Pembantu Hospital di bilik bedah mayat mmg menambahkan lagi keseraman cerita ni. Hantu mmg ada dekat mana2 je, dan yang paling sy respect skali scene dalam van jenazah tym nak bawa mayat Anna balik ke kampung, bagi sy sangat tak expected. Mmg tak pernah tgk dalam scene filem seram Malaysia. Syamsul mmg btul2 kaji scene2 seram dalam kebanyakan filem seram Malaysia sebab dia nak bagi kelainan pada filem ni. Bagi saya, pembawaan karakter Syamsul sbgi Johan dan Liyana sebagai Aishah mmg berkesan. Sy suka tgk part Syamsul menangis, comel...hahahhaaa. Sampaikan mak dia bagi gelaran 'Hero Air Mata' kat dia sebab dia mudah menangis dalam filem. Liyana pula comel memakai tudung dalam filem ni. Ending filem ni sedih, tapi takkan nak bgtau mcmn kan, nnt spoil lah cerita ni. Tapi apa2 pun korg kena tgk Khurafat baru korg boleh nilai samada filem ni bagus ataupun tidak. Korg suka atau tak suka, yang penting bila kita tgk, kita sokong arena filem tempatan, right? So apa2 pun, bg yang blum tgk, pi lah tgk. Rugi tak tgk, sebab Liyana Jasmay ada...hahahhaaa. Actually tgk filem ni pun sbb satu, poster filem ni bg saya ada 'dark atmosphere', tambahan lagi suka tgk gambar Liyana menjerit. Yang kedua, sebab ada Liyana Jasmay...hehehee. Entri sebelum ni saya ada bgtau kan yang Liyana pernah duduk row seat sebelah aku tym tayangan filem Histeria kat DTSP dulu. Tu yg aku angau tgk dia ni...hahahhaaa. Okielah, cukup entri kali ni. Nnt kalau ada apa2 filem seram atau genre lain yang sy tgk, nnt sy bgtau.

Chiawww...