Thursday 20 January 2011

|happy birthday ke 21|

Motif aku pilih gmbr ni??? Saja...ahhahahaha...lg pun aku suka Homer...u rock!!!

happy birthday to me,
happy birthday to me, 
happy birthday to meeeeeeeee (bukan mee goreng),
happy birthday to me.....

Woooohooooo, dah masuk alam 21 tahun (bukan 2 Alam okie), terasa lain pula, yelah sebab umur ni merupakan umur orang dewasa. Tapi apa2 pun aku sangat2 bersyukur kepada yang berkuasa alam, Tuhan, sebab melanjutkan lagi umur aku setahun. Sekarang ni aku tak bergelar remaja lagi dah...dah bergelar DEWASA. Gelaran yang orang ramai selalu 'bagi' kat aku, and what I meant by bagi is dorg ingat aku ni tua, yelah muka mature katanya, tapi dalam badan tu mature ke tak??? To be honest aku ni masih bebudak lagi dalam hati, cuma bila saya serius, then the other mature side of me akan kluar...hahahhahaa. Juga yang berkongsi birthday ngan aku, my favourite cousin of all, Lynny@Lenn ngan kawan aku kat USM, Saufia@Sopeq. Aku ngan Sopeq sama birthday ngan tahun, cuma cousin aku ni setahun lagi muda dari aku, tapi dia lagi matang pemikiran dari aku, pelik kan??? Anyhoo, aku mengucapkan SELAMAT HARI TUA kat korg, walaupun korg tak prnh baca @ jarang sangat baca blog aku ni...yelah aku ni pun bukan femes sgt pun, xda org sanggup promote blog aku ni, post2 pun besa2 jah...hahahaa (sebenarnya nak org promote blog ni...ahahhaa). Siapa kah mereka??? Lihat gmbr di bawah:

Lenn, my favourite cousin of all, sometimes crazy as well...hahaha

Sopeq, budak fizik...cute...hahahhaa

Kat cni, aku mintak maaf lah kat org berdua di atas ni, sbb ambik gmbr tanpa kebenaran. Ah, what the heck, dorg bukan tau pun blog aku, or dorg tak baca pun, or dorg ni silent reader??? OMGness, tpi sbb dh letak gmbr tak blh delete balik...huhuhuuuu...anyhoo...harap2 tahun ni, aku menjadi sorg yg matang, tak miang (I bet a thousand dollar, that trait WON'T go away!!!), sorg yg pnuh dgn keyakinan, bukan fizikal je, tpi mentally jg...sorg yang dh pndi bwa keta dan ada lesen keta skali ngan moto, yelah aku suka merempit, tpi haram, susah lah kan nak bwa jalan2 nnt. Lagipun dh nak masuk alam pekerjaan ni, kena pndi gak bwa keta kannnnnnn...hmmm apa lagi wish list aku ekkhh???

Result okie (aku tak harap gempaq, at least bg puas hati parents dah ah, dorg nak tgk anak berjaya pun dh cukup, btul tak???)
Nak bagi fofuler blog, harap2...
Nak camera sejibik...
Nak, nak, nak.........anak!!! hahahahhahahhaha (wah gersang aku...)

Yg kat atas ni, no 1 & 2 tu, OPCOS atas usaha aku sndri...so then for no 1, I have a few months je nk bagi gempaq result, which means aku kena study leklok, taknak sejarah berulang...huhuhuhhuu. Untuk no 2 tu, aku kena tingkatkan usaha mencari idea untuk entri2 blog yang berkualiti...wah3...tapi mslhnya aku ni sibuk sgt...so mungkin hajat tu akan lambat sikit tercapai kot...lagipun, laptop rosak, so tak boleh nak update sllu, tpi tu bukan alasan kan??? Blh je aku update blog, dahlah AWAL PAGI lak tu, kul 3 lebih...guna komputer lain, kannnnnnn. Utk no 3 tu, kalau org hadiahkan, aku mmg BEST FRIEND dia smpi bila2; kalau family bagi, he/she is my favourite family member forever, serius aku ckp...tpi kamera apa??? Hehehehee...

Kalau nak bagi yg lain pun blh, janji, satu family ngan die...ahhahahha
Wah, umur meningkat, dah pandai demand kan...OPCOS le...itu merupakan sebahagian drpd cara hidup kita, alah kita nak order makan pun kita demand kan??? X percaya lah kalau org kata dlm hidup dia, dia x pernah demand, walaupun sekali. Pffftttt...tipu ahhhhh...

No 4, yg tu pompuan yg dicintai shja yg blh bg...hehehhehehee...nak brapa??? Team bolasepak ke, kot2 boleh bwa Malaysia ke World Cup, atau nak anak tunggal??? Terpulang kepada niat isteri, dia ada mood nak buat ke tak, aku mmg sntiasa gersang pun, mslhnya kalau isteri tak gersang, mcmn nak buat kan??? Nnt tak feel anak yang kluar nnt...wah3 blog aku dah jadi blog seks...blog miang...awwwww...

So di akhir entri ni, aku xnak persiakan korg dgn nukilan yang memanjang ni. Kekasih gelap aku ckp post aku ni panjang sgt...yeke??? Hehehhee, yg penting entri yg kita tulis tu berkualiti (post aku ni berkualiti ke tak???), kannnnn. So apa2 pun aku harap hidup aku sntiasa di berkati, panjang umuq, rezeki tu, kalau tak mencukupi tak apa, asalkan ada, tu ja lah aku mintak. Wah penat tgn nak tulis...anyhooo:

SEMPENA KELAHIRAN BETA, BETA PERINTAHKAN HARI INI HARI CUTI AWAM!!!
(terdengar suara sorakan orang ramai menyatakan 'Daulat Tuanku')

Chiawww!!!

p/s: Birthday kebetulan jatuh pada Hari Thaipusam, so aku blh lah tulis yg kat atas tu kan...anyhoo, Happy Thaipusam to all...

p/s(2): Gmbr cousin aku tu, that's the decent gmbr yg aku dpt cari, plus aku malas nak selongkar gmbr FB dia yg len, sbb gmbr dia bnyk gmbr dia ngan kwn2 dia, lgpun dia ni kuat bersosial...ahh, I just love you my cousin...huhuhuuuu

Sunday 16 January 2011

|review: Faster|


"After 10 years in prison, Driver (Dwayne Johnson) has a singular focus – to avenge the murder of his brother during the botched bank robbery that led to his imprisonment. Now a free man with a deadly to-do list in hand, he’s finally on his mission…but with two men on his trail – a veteran cop (Billy Bob Thornton) just days from retirement, and a young egocentric hitman (Oliver Jackson-­Cohen) with a flair for the art of killing and a newfound worthy opponent. The hunter is also the hunted. It’s a do or die race to the list’s finish as the mystery surrounding his brother’s murder deepens, and new details emerge along the way hinting that Driver’s list may be incomplete."

Kalau filem yang ada Dwayne 'The Rock' Johnson, SANGAT BEST, mcm filem ni, walaupun tak penuh dengan aksi, except for the part yang dorg kena kejar dengan polis in one of the flashback, scene Driver (Dwayne Johnson) pandu kereta mengundur tu SERIOUSLY best!!! Nak bljr pandu keta mcm tu...at least kalau ada roadblock boleh drive mengundur kan...hahahahhaaaa. Jalan cerita ni, ada certain part yg unexpected, and you can guess, filem ni ada 'dark atmosphere', sbb crita ni kan crita org nak balas dendam, so tym tgk ni, maybe akan ada kepala2 yang tergeleng2, tak pun ada yg x thn tgk crita ni sbb kejam sgt...tpi part2 komedi dia ada gak, wlupun ckit. Apa2 pun, memang tak rugi tgk sbb crita ni sgt best, dahlah pelakon pun best. So apa bintang nak bagi??? Bagi 4.5 lah, boleh??? Tak boleh bagi full 5/5 kang nnt ada yg ckp filem tu x best lak, so kena lh tolak 0.5 kan...hahahahahaa...apa2 pun again this movie is awesome, albeit that dark atmosphere it has. 

Tengok, jangan x tengok...

Chiawww...

p/s: Nak tgk Liyana Jasmay, owh man, nak tgk balik Khurafat lah...sah2 aku angau ngan LJ...huhuhuuuu

Bila lah dpt jumpa hang, Liyana???

Saturday 15 January 2011

|review: Khurafat|


"Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Hal ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…"

"Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Hal ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati membunuh diri dengan mayatnya di atas katil. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya…perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi."

Filem ni merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam. Seriously, cerita ni mmg best. First tgk trailer Khurafat pun dah rasa gempak, mesti movie pun gempak. Dan ternyata btul sangkaan hati. Cerita ni mmg gila2 seram (sebab tgk sorg2, hahahahaha), sbb tgk dlm trailer tak banyak sgt scene hantu, yelah takkan nak bagi spoil cerita dlm trailer kan. Scene hantu dalam cerita ni mmg banyak, ditambah lagi dengan karakter Johan yang bekerja sebagai Pembantu Hospital di bilik bedah mayat mmg menambahkan lagi keseraman cerita ni. Hantu mmg ada dekat mana2 je, dan yang paling sy respect skali scene dalam van jenazah tym nak bawa mayat Anna balik ke kampung, bagi sy sangat tak expected. Mmg tak pernah tgk dalam scene filem seram Malaysia. Syamsul mmg btul2 kaji scene2 seram dalam kebanyakan filem seram Malaysia sebab dia nak bagi kelainan pada filem ni. Bagi saya, pembawaan karakter Syamsul sbgi Johan dan Liyana sebagai Aishah mmg berkesan. Sy suka tgk part Syamsul menangis, comel...hahahhaaa. Sampaikan mak dia bagi gelaran 'Hero Air Mata' kat dia sebab dia mudah menangis dalam filem. Liyana pula comel memakai tudung dalam filem ni. Ending filem ni sedih, tapi takkan nak bgtau mcmn kan, nnt spoil lah cerita ni. Tapi apa2 pun korg kena tgk Khurafat baru korg boleh nilai samada filem ni bagus ataupun tidak. Korg suka atau tak suka, yang penting bila kita tgk, kita sokong arena filem tempatan, right? So apa2 pun, bg yang blum tgk, pi lah tgk. Rugi tak tgk, sebab Liyana Jasmay ada...hahahhaaa. Actually tgk filem ni pun sbb satu, poster filem ni bg saya ada 'dark atmosphere', tambahan lagi suka tgk gambar Liyana menjerit. Yang kedua, sebab ada Liyana Jasmay...hehehee. Entri sebelum ni saya ada bgtau kan yang Liyana pernah duduk row seat sebelah aku tym tayangan filem Histeria kat DTSP dulu. Tu yg aku angau tgk dia ni...hahahhaaa. Okielah, cukup entri kali ni. Nnt kalau ada apa2 filem seram atau genre lain yang sy tgk, nnt sy bgtau.

Chiawww...

Thursday 13 January 2011

|Damping Malam|


Sebenarnya dah lama dah nak buat entri pasal filem ni, tapi hari ni baru dpt idea cmna nak buat. Di sini tak perlu saya nak bgtau sinopsis filem ni sebab korg boleh tgk sndri apatah lagi dh bnyk blog buat sinopsis pasal cerita ni, korg Google sudah. Cuma nak bgtau apa yg sy fikirkan pasal filem ni. Tapi kalau korg nak tau jg sinopsis filem ni, ni link dia:


Filem ni agak berbeza dgn filem arahan Ahmad Idham sebelumnya, Jangan Tegur & Jangan Pandang Belakang. Ramai cakap filem arahan Ahmad Idham tak best, tapi bg sy filem ni bagus, sebab ada pengajaran kepada kaum wanita, especially untuk isteri dan bakal isteri. Filem ini juga menyaksikan kemunculan semula Ahmad Idham sebagai pelakon utama filem setelah 13 tahum menyepi dalam bidang filem tanah air. Overall cerita ni best, jalan cerita pun bagus, tapi ada sesetengah dialog dalam filem ni yang tak best, pastu xda chemistry antara watak Wadi (Ahmad Idham) dengan Ku Khalira (Amy Mastura). Tapi pelakon kanak2 dalam filem ni, Erynne Erynna yang memegang watak sebagai Aiza, anak tunggal Wadi dan Ku Khalira berjaya memegang watak dengan baik sekali, especially part Aiza kena rasuk kat katil dorm sekolah tu, mmg effect dia bagus sangat. Budak ni pun comel, suka tgk muka dia...hahahhaa. Erynne pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (kalau sy tak silap) dan pernah membintangi filem lain antaranya Congkak dan Cinta.

Erynne Erynna, pelakon utama Damping Malam
Pendek kata, jalan cerita ni mmg unexpected, dan mesej di akhir filem tersebut cukup jelas buat para wanita yang telah bergelar isteri. Kalau ye pun sorg2, janganlah melampaui batas sehingga berjumpa dengan bomoh untuk mengambil pendamping semata-mata untuk menemani korg. Benda tu tak elok, last2 terkena balik kat korg. At least jumpalah kaunselor ke, tak pun duk bincang elok2 ngan suami korg. Yelah korg pun dah disatukan dalam sebuah ikatan cinta yang suci, takkan takut nak bincang ngan suami kan. Hah, so di akhir kata ni, jangan buat benda yang bukan2, nanti yang bukan2 akan terjadi kat korg. 

Wah, tulis entri kali ni kan, rasanya nak tgk lah smua filem seram Malaysia. Balik2 filem seram antarabangsa je, tapi filem seram tempatan ada ke org nak sokong??? Memang tidak dinafikan filem seram antarabangsa contohnya filem seram Barat, Korea, Jepun, Indonesia dan Thailand best gile2 nak tgk, tapi filem seram Malaysia pun okie ape. Sbgi contoh, kita ada filem pasal saka (Jangan Pandang Belakang - kalau aku tak silap), pendamping (filem ni), pasal congkak berhantu (filem Congkak - congkak tu tak berhantu, tpi ada hantu kat umah yang mana hantu tu main congkak), pasal toyol (Janin) dan macam2 lagi. Filem Barat ada ke saka??? Dorg sebut pun bunyi macam 'sucker'...hahahhahahaa. So untuk mempromosikan lagi filem seram Malaysia, dan filem tempatan secara amnya, ramai2 kita saksikan filem Khurafat arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam, di mana Syamsul juga akan berlakon dalam filem tersebut dan dibintangi oleh si comel Liyana Jasmay. Pergh, teringat lagi tym filem Histeria lakonan Liyana dulu main kat DTSP, dia duduk row sebelah aku, dahlah satu baris...argghhhh. Teringin nak jumpa dia lagi. Rasanya dia mmg sesuai membintangi filem seram, cuma kalau boleh nak tgk dia berlakon genre filem lain sbgi contoh aksi (rasanya dia ada berlakon kot), filem komedi, dan lain2. Aku ni pun tak update sangat pasal filem tempatan, cuma baru2 ni timbul semangat patriotik dalam diri. Tulah nak tgk bagai gila smua filem seram Malaysia, filem dulu2 pun nak tgk...hahahaa. Last word, SAKSIKAN KHURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN di pawagam, 13 Januari 2011.

Khurafat - Perjanjian Syaitan

Tuesday 11 January 2011

|fasa 4: demam mengikut cara saya|

Hah, hari tu sy janji nak update blog untuk fasa 4 dalam demam ni, tpi tak sempat. Xpe lah, skrg dah ada masa nak update meh sy bgtau.

Fasa 4:

U bla bangun pagi rasa sihat sangat tpi lepas tu kita akan perasan sumthing. Bila cek balik rupanya kahak2/mukus2 yang bertakung tu, ya ampun, banyak gile. Kita nak buang pun, then kita tgk benda kuning hijau pekat tu rasa nak muntah. Tym ni lah nak minum air banyak2 nak bagi hilang benda tu, tak pun bagi cair supaya senang nak kluar. Tym ni u mmg rasa sihat sangat, cuma hidung u still tertarik2 lagi mukus tu. Left over daripada demam katanya. Tym ni fungsi tubuh adalah 100% normal, xda mslh untuk buat kerja. Overall, back in full strength lah katanya. Cuma pasal benda kuning hijau tu mengganggu sangat, bila kita batuk je, mesti dgr benda tu bertakung dlm tekak. Orang dgr pun dah rasa geli, apatah lagi nak lihat benda tu...yikes. Tapi kena ambil langkah berjaga2 juga tym ni, sebab berkemungkinan besar kita mungkin boleh sakit lagi, tapi probability tu kecil lah kan. Tapi apa2 pun kesihatan terjaga. Tu je.

Overall ni lah fasa terakhir dalam demam, x tau lah btul ke tak, tapi ni pemerhatian ke atas tubuh aku sndri...takkan nak cek fasa demam org lain pla kan. Ada sstgh orang tu kerap sakit sgt, ada pla sstgh tu jarang sgt demam. Tapi apa2 pun, kesihatan tetap penting, makan makanan yang berkhasiat, then kena senam selalu, yang ringan2 pun jadilah janji senam. Setiap kali saya balik dari kelas, mesti saya akan jalan kaki balik. MOTIF??? Sebab satu, jalan kaki merupakan salah satu bentuk senaman ringan, lagipun kalau terlintas di fikiran sy nak senam petang tu, at least sy dah panaskan badan dgn berjln kaki. Yg ke2: sebagai seorg pljr USM, sy ada tanggungjawab sy sndri dgn alam sekitar, so sbgi langkah untuk mengurangkan carbon footprint sy (korg cari dlm Internet maksudnya, tak larat den nak cari) saya akan berjalan kaki balik dari kelas. Sebab tu ada org kata badan sy nmpk fit, x tau lah betul ke x, tapi bdn sy mmg ada ciri2 bdn fit...hehehe. 

Okie lah, stakat ni je en3 kali ni...chiao!!!
p/s: teringin nak sambung pengajian dalam bidang Physical Education.

Friday 7 January 2011

|demam mengikut cara saya|

Daripada meja Dr. Eduard Edwin, PhD Western Illinois University,


Wah, wah, wah, dah lama sy tak goyang punggung menghadap komputer menulis entri blog, busy bebenor lah katanya...hahhaaa. Okie kali ni nak cerita pasal demam...demam??? Kenapa demam??? Sebab sy baru je kebah sikit dari demam, baru sembuh sikit. Demam ni banyak fasa2 dia, samalah kalau kita nak buat something kan, takkan lah kita nak trus straight to the point kita boleh buat benda tu, kena ada sebelum dia juga. Memandangkan kat USM sekarang ni tgh ramai orang menderita penyakit demam berjangkit ni, sini saya nak cerita pasal fasa demam okie. Tapi sebelum tu apa maksud demam??? Ni merupakan maksud demam yang saya dah melayukan dari Wikipedia:

"Demam merupakan salah satu respon sistem imunisasi tubuh terhadap jangkitan virus ataupun bakteria dalam usaha meneutralkan jangkitan tersebut."

Fasa 1:

     Fasa ini merujuk kepada permulaan kita nak demam. Simptom2 termasuklah bangun pagi je, hidung macam tersumbat, pastu berair plak tu, geli geleman aku. Tapi tym ni badan masih berfungsi dengan baik lagi, cuma yg bikin choi tu sebab hidung tu, mengganggu pernafasan. Kalau kita tak nak tarik pun tak boleh, sebab kalau tak nak tarik mukus tu, dia akan jatuh macam air paip...yakkksss!!! (Tym tulis ni pun imagine sat benda ni, pastu meremang bulu satu badan, bergegar kegelian). Lepas tu tym petang tu plak, dia okie sikit, tapi pabila malam menjelma, haaa, tu lah bila saya kata, the real work begins. Maksudnya, benda tu akan menjadi semakin rancak, tym ni tekak dah start kering, gatal, dan sakit. Kalau ikut kamus badan saya kan, kekadang pabila tekak sakit, tapi hidung tak tersumbat, itu petanda esok pagi akan demam, tapi kadang2 tak selalu terjadi mengikut norma kedemaman badan saya ni; saya tau mcmn badan sy berfungsi, tu yg sy tulis camni. Tym nak tido tu, kekeringan tekak tu akan start menjalar ke bawah; tym ni kita baru stat nak cari ubat2 tahun lepas, tak pun minta ubat kawan. Tym ni lah baru stat nak cari kain2 buruk buat lap atau sembur mukus kluar...hahhahaha. Rasa lega bila dah sembur, tapi lepas tu ada balik, geram aku. Mata dah start berair dah, mata berkaca kalau saya, muka dah merah padam macam nak marah. Kadang2 suhu badan tym ni tak naik lagi, tapi esok pagi baru akan naik bagai nak gila. Kipas dalam bilik: confirm level 1@2 je, sejuk katanya.

Fasa 2:

     Fasa ini adalah fasa utama demam, sakit yang teramat sangat. Okie let me rephrase that, tak lah sakit sangat cuma rasa tak selesa. Badan confirm lemah, nak jalan pun tak larat, suara pun dah berubah menjadi seksi sengau (dalam kes ni: saya), hidung lagi tambah sumbatan, kena tarik banyak2. Pastu suhu badan naik, kalau kena angin sikit je, confirm akan menggigil mcm gempa bumi. Mata macam baru lepas menangis, tak pun mcm sentiasa menangis. Apa yang kita fikirkan satu je: nak tido. Nak rehat banyak2. Kalau kita batuk kan, kedengaran bunyi kahak dalam tekak, pastu ludah kluar; bila batuk je mesti rasa gatal sakit. Tym ni lah kita balik2 pegi tandas nak bersihkan hidung yang tersumbat. Nak belajar pun susah, takleh concentrate sebab fungsi badan tak berfungsi dengan baik. Bila hampir nak malam, benda ni akan jadi teruk, selera makan completely hilang, walau mcmn kita paksa diri kita nak makan, kita takleh nak habiskan makanan tersebut. Minum je yg kita larat, sebab tak guna banyak sangat pergerakan dan tenaga. Tym ni lah kita start nak tido awal. Tym sebelum sakit, amboi, bukan main lagi FB, chatting, tgk movie atau TV series smpi pukul 3, 4 pagi, kekadang tak tdo langsung. Bila start demam, insaf, dah bertaubat, telah kembali ke jalan yang benar, yakni tido sebelum pukul 1 pagi..hahhahaha. Sebab nak rehat banyak katanya, lepas kebah sambung balik kan...hahhaa. Sebab badan terlalu lemah, kita tido confirm tdo mati punya. Tapi tym ni lah tubuh kita reset semula suhu badan, dan proses penyembuhan bermula.

Fasa 3:

     Bila bangun pagi je kita akan rasa segar balik, dan kita notice yang suhu badan kita kembali normal, dan kita rasa sihat sikit. Tapi tym ni tubuh still lemah lagi, mata still berair, dan simptom utama fasa ni adalah deria bau tak berfungsi langsung!!! Serius sy katakan, kalau kita lapar pun, dan kita nak makan, kita xda selera langsung sebab kita tak bau makanan tu so mcmn kita nak rasa makanan tu kan. Deria rasa bersangkut-paut dengan deria bau, sebab tu lah tym kita sakit, atau hidung tersumbat kita takkan dapat rasa makanan yang kita makan. Dan awal2 pagi kita bangun, mcm ada something yang tersumbat kat tekak, then bila kita batuk, rupa2nya kahak, dahlah banyak lak tu, berair pekat, geliiiiiiiiii!!! Tapi xpe sebab fungsi badan kita dah berfungsi dengan normal tym ni, so kiranya offset lah benda tu kan. Cuma yang tak best tak dapat nak rasa makanan tu lah kan, tu yg choi sangat tu. Dalam fasa ni, sedikit demi sedikit kita akan gain semula kekuatan badan kita, so bila malam menjelma, kita boleh buat kerja2 yang tertangguh yang kita takleh buat tym demam. In other word, kita akan gain tenaga penuh badan kita bila malam menjelma dan dalam masa yang sama, mata kita takkan kembali berair lagi. Back in full power, ceh...saja nak bagi dramatik sikit kan. Overall fasa ni adalah fasa kebah demam, tapi sikit je kebahnya.


Ada fasa lagi sebenarnya tapi sy baru smpi fasa 3. Nanti esok saya akan update lagi...chiaw...

Saturday 1 January 2011

|azam tahun baru|


HAPPY NEW YEAR 2011 to all Earth's 6 billion ++ population. Akhirnya setelah terlalu banyak suka dan duka, pahit jerih perjalanan di lalui bersama, kita patut bersyukur kerana sekali lagi kita dapat memasuki satu lagi era yang baru dalam hidup kita, era 2011. Whether this new year will be joyful, prosperous, or damn straight unlucky, we are the only who are able to carve it, btul kan??? Bukan orang lain, tapi kita sendiri, so penuhi lah 365 hari dalam masa setahun ni dengan aktiviti yang berfaedah, ewahhhh...

Soalan paling famous setiap kali datang new year: apa azam tahun baru??? Acap kali kita mendengar soalan ni, tapi jawapan yang diberikan tetap sama. Ada orang ni kata nak diet bagai nak gila lah, ada yang kata nak belajar rajin2 sampai masuk universiti luar negara lah, ada yang pakat kata nak dapat boyfie/girlfie yang hensem/cantik lah, dan pelbagai lain jawapan yang diberikan, kalau bukan jawapan sendiri, jawapan orang lain, lantak kau lah, asalkan ada azam sudah. Hasilnya??? Ada yang tercapai (walaupun terlepas setahun kemudian), ada yang hampir tercapai, ada yang langsung tak dapat2, sedih. Ada yang mmg usaha lebih nak capai azam dia, tapi bila dah lepas sebulan dua macam tu, dah takde mood dah, macam orang tua2 kata, 'hangat-hangat tahi ayam'. Ada juga orang ni yang langsung takde azam tahun baru, serah pada takdir jawabnya. Jawapan artis gtu.  Tapi apa2 pun, gud luck untuk orang yang nak merealisasikan azam tahun baru dorg, walau mcm mn pelik pun azam korg. Bagi yang takde azam tu, jalani hidup seperti biasa, okie...

Azam saya??? Simple:

"When I'm sad, I stopped being sad, and be awesome." - Barney Stinson


Ni merupakan kata2 dari karakter How I Met Your Mother. Seriusly aku mmg dah jatuh cinta dah ngan HIMYM, TV series yang diminati ramai, hahha. Yup, bila aku sedih je, aku berenti feeling2 sedih tu, and then I'll rise up from the sadness to the awesomeness. Tak guna sedih2 kan, kalau ada banyak lagi benda awesome yang korg boleh buat. Still single lagi??? It's okie, at least you are free to enjoy the world, live life to the fullest katanya. At least give time to yourself untuk fikir kan siapa diri korg sebenarnya. Sedih result tak naik2 lagi??? It's okie, jadikan itu sebagai motivasi untuk korg usaha lebih, tak pun ubah cara belajar korg. Sedih kawan tak suka korg??? It's okie, dengan populasi manusia 6 billion ++ di muka bumi ni, tak mustahil you boleh cari at least 1 kawan yang menyukai siapa diri korg yang sebenarnya. Tak dapat duit yang banyak??? Kita hidup di dunia ni bukan nak bawa duit pergi ke alam sebelah sana, tetapi amalan yang korg buat kat dunia ni, btul kan??? So xyah nak sedih2, duk kat bilik sorg2 dengan pisau kat tangan, haisshhh. Train yourself to be awesome instead.

Tak tau dah nak kata apa, baru bangun tido sbnrnya ni, so di lain hari, di lain masa, di lain en3...orait

Happy New Year!!!