Lama gak tak update blog, rasanya dah bersawang dah blog ni. Sori pada yang setia membaca blog ni, cehh, mcm lah follower aku banyak kan.
Okie sebelum aku nak cerita apa yg aku nak cerita, meh aku bg tunjuk gmbr2 dlu:
Pernah tak tgk 3 TV series ni??? For sure aku mmg pernah tgk Charmed ngan Friends, but ironically, Buffy tak pernah lagi, even smpi skrg pun tak pernah tgk satu episod Buffy. Apa kaitannya dengan en3 kali ni???
Hah, tu yg aku nak habaq kat cni. Tym holiday ni lah, satu idea menjelma bgikan lampu yang menyala dalam otak ku:
DOWNLOAD TV SERIES KAT ATAS NI, FULL SEASON, LENGKAP DENGAN SUBTITLE!!!
Wah, motiff aku nak tulis dlm capital letter: peringatan yang aku nak download semua season - Buffy the Vampire Slayer (7 seasons, 144 episodes), Charmed (8 seasons, 178 episodes), ngan Friends (10 seasons, 236 episodes). So for the next few months, aku nak download season by season, meaning to say, download season 1 Buffy dlu, then season 1 Charmed, then baru season 1 Friends, which I already did, minus two episodes. Lepas dah download semua season 1 3 TV series ni, baru aku download season 2 plak, and so on. Then, when the time is right baru lah enjoy tgk semua TV series ni. Phewww, when that day come, aku kena ambik aspirin bnyk...yelah duduk mengadap laptop/PC lama2, pening kepala pun lama2 gak...hehehe.
Okie, masa untuk sesi soal jawab, (angan2 di interview oleh Berita Kampus... :P):
Soalan: Kenapa pilih TV series kat atas ni???
Jawapan: Buffy: tak pernah tgk Buffy, falls within my favorite genre(s) (action, supernatural, fiction, horror), included in many 'best of' lists (tgk Wikipedia). Charmed: I grow up with Charmed. Love the actresses, the plot line, and the powers is amazing!!! Friends: THE BEST SHOW EVER!!! A WORLDWIDE CULTURAL PHENOMENON!!! Next!!!
Soalan: Adakah anda mempunyai masa untuk menonton semua TV series ini???
Jawapan: Oh sudah tentu ya!!! Tapi harus diingatkan bahawa proses men'download' semua episod (combined episodes: 558!!!) tidak akan mengganggu proses akademik saya, malah itu akan dijadikan sebagai satu motivasi untuk belajar. Everytime that I do great academically, I will download a few episodes and updated them.
Soalan: Adakah ini bermakna anda tidak akan menumpukan perhatian terhadap Gossip Girl, Glee, The Vampire Diaries dan HIMYM???
Jawapan: Oh tidak, sama sekali tidak. Dimaklumkan, bahawa saya akan sentiasa update kesemua cerita tersebut. Dalam proses men'download' dan meng'update' episodes dan seasons, ini merupakan proses yang baik untuk melatih tubuh dan minda bagaimana untuk mengurus masa dengan baik sekali. (apakah!!!)
Soalan: Adakah anda merasakan ini merupakan satu kerja yang gila dan sia2???
Jawapan: Gila??? Oh sama sekali tidak. Apa salahnya kita buat semua ni semata2 untuk hobi dan pleasure kita kan, lagipun ada banyak lagi orang lain yang buat kerja gila kat luar sana (artis sgt, tpi jawapan hampeh). Lagi satu, kerja ni akan menjadi sia2 kalau kita stop pertengahan jalan, which would be impossible sebab lepas dah download satu episod, mesti kita nak tgk apa yg terjadi seterusnya kan, so mustahil untuk kita berhenti men'download' semua episod, Mustahil. Mustahil!!!
*\_/*
Tapi masalahnya, ruang kat external aku tak cukup. Let's do some calculation okie.
Buffy ada 144 episod dengan size 350MB per episod (actually hampir 400MB!!!). So that means lepas tmbh darab semua, that would contribute to an allocation of 50,400MB @ 49GB dlm external aku!!! Baru 350MB, lets try 400MB plak. Kira punya kira, kita dapat 57,600MB = 56.25GB. OMG, belum masuk Friends, which is 176MB x 236 episod = 40GB+. Campur Charmed plak, lets say 350MB x 178 episod = 60.84GB. Combined size = 157.09GB, which is more than half of my external's storage space. So skrg ni aku ada dua option:
- Delete movies and other TV series yang tak best, to make more storage space.
- Beli external baru khas untuk TV series je.
Ni je option yang aku dpt fikirkan. Nak masuk dlm laptop, laptop rosak plak, so option untuk simpan dlm laptop mmg cancel lah. Tapi even aku delete movies pun, which is a total of 127GB, mmg tak ckup ruang lagi untuk simpan semua season, sebab aku ada extra 30GB lg. So kiranya aku kena bli yang baru lh kan... oh God. Kluar lagi duit ungu bli itu ini.
But for the love of Buffy, the Halliwell sisters and the Rachel Greene, nahhh, beli je lah. Tak rugi pun kan.
Cheers
p/s: As of this moment, aku dah selesai download first season, first episod of Buffy, Welcome to Hellmouth. Hehehheee...