Friday 10 September 2010

Restoran

Kisah ini dinadakan dengan diri ku oleh seorang kawan baik yang ku gelar 'Uncle' atau si '6' (Konsep cerpen sama cuma diriku kembangkan untuk memenuhi tuntutan sebuah blog):

Raja lawak CLC: Uncle 6 (Annam)

Disebut kisah, terdapat seorang lelaki yang baru sahaja memenangi sebuah loteri atau nombor ekor, lalu beliau menjadi orang kaya baru. Maka untuk meraikan kemenangan beliau, beliau telah bermotorlah ke sebuah restoran mewah untuk makan, samada sarapan, lunch, brunch, segala macam unch-unch, diri ini tidak mengetahuilah. Maka beliau duduk di situ sambil blurr, kerana ini merupakan kali pertama beliau memasuki sebuah restoran mewah. Tidak mengetahui apa yang beliau perlu lakukan, beliau telah berpendapat agak baiklah sekiranya beliau mencontohi lelaki mewah sepertinya juga yang duduk di sebelah beliau. Hatta, segala macam gaya yang lelaki tersebut gerakkan, beliau juga ikuti; gaya beliau duduk, gaya beliau bernafas, korek hidung, etc dsb.

Maka, tibalah masa untuk beliau makan, sekali lagi beliau ikuti lagak lelaki mewah tersebut:
Lelaki mewah: Hey kamu pelayan, bagi saya Kuey Teow Tom Yam satu.
Beliau: Hey kamu pelayan, bagi saya Kuey Teow Tom Yam satu.

Setelah beberapa abad lamanya, lelaki mewah berdialog lagi:

Lelaki mewah: U over here, bagi saya Nasi Goreng Terspecial.
Beliau: U oveq here, bagi saya Nasi Goreng Terspecial. (beliau orang Penang lah...)

Lelaki mewah berasa hairan, mengapa setiap tutur kata yang dimadahkannya, beliau juga berlagu sama. Maka si lelaki mewah berkata lagi:

Lelaki mewah: Hey u, bagi air suam satu.
Beliau: Hey u, bagi ayaq suam satu.

Lelaki mewah bertambah Pelik bin Ajaib. Untuk menge'test' teori nya, lelaki mewah order lagi:

Lelaki mewah: Bos, bagi newspaper satu.
Beliau: Bos, bagi newspaper satu.
Lelaki mewah: Hey, kenapa u order yang sama sebagaimana saya order hah???
Beliau:

Ape, ko ingat ko sorang je boleh MAKAN newspaper???
:
:
:
:
:
????????????

Kan bagus Gee Tom Yam macam ni...

*********

Seorang lelaki mewah, berlainan seperti cerita diatas, telah bertandang ke sebuah restoran mewah di mana pelayan nya hanya memahami bahasa kedua yakni bahasa Inggeris kerana mereka semua mendapat BAND 6 dalam MUET. Maka lelaki tersebut telah mengalami masalah komunikasi dengan pelayan tersebut. Sama seperti cerita di atas, beliau juga decided untuk meneladani lelaki yang duduk di sebelah beliau untuk mengorder makanan. 

Lelaki sebelah: Waiter, give me Fried Rice and Watermelon Juice please.

Dengan YAKINNYA beliau mengatakan:

"Waiter, give me RICE COOKER and WATER PUMP juice please!!!"
:
:
:
:
????????????

Be Yourself

Ada seorang junior menyuarakan stetmen (bukan sentimen) ini dengan diri ku:

"Sia punya lecturer terlampau feminist ni, tidak suka kami yang lelaki..."

(Agak seperti ini lah dialog si junior; diri ku mengalami amnesia dan tidak dapat mengakses semula memori bank ku). Lalu aku menyatakan perkataan-demi-perkataan ini dengan junior tersebut:

", yang penting lecturer tu pandai ajar, kalo tidak, double disaster owh..."

Apa yang dimaksudkan dengan stetmen seperti di atas ialah, walaupun seseparuh daripada lekturar-lekturar bersifat seperti yang dinadakan di atas atau yang semasa dengan nya, perlu diingatkan@direfreshkan kembali bahawa tugas UTAMA mereka adalah mendidik. Oleh itu, sangat perlu lah untuk kita menilai mereka melalui tahap bagaimana mereka mendidik kita melalui pemahaman mereka terhadap sesuatu ilmu tersebut (jelas/malap), cara mereka meng'komunikasi'kan ilmu tersebut kepada penuntut-penuntut ilmu (dapat pancing/terlepas),  gaya persembahan mereka (eye contact, body language), penggunaan bahan mengajar (sekadar membaca buku atau ada bahan lain yang lebih menarik), et cetera dan sebagainya. Wajarkah kita menilai kemampuan mereka untuk mengajar kita, si penuntut ilmu, jikalau hanya berasaskan parameter-parameter seperti tahap feminisme mereka, bias mereka, tahap tumpuan mereka terhadap seseparuh penuntut-penuntut ilmu, etc dsb. 

 I want you to spank me...hahhahaaa

Wahai pembaca-pembaca sekalian,

Cuba imagine korang satu kelas merupakan kawanan 'hanak hikan' kepada seseorang lekturar: dimanja, dibelai, dikasihi sehari/seminggu (24/7) etc dsb, akan tetapi jikalau dia tidak dapat memberikan kamu pengajaran sesuatu ilmu dengan sempurna, hangkang lah kamu. Dalam erti ayat lain, lekturar yang menyayangi kamu pun tidak dapat membantu kamu jikalau dia tidak dapat mengajar kamu sehingga kamu dapat memancing ikan/ilmu yang sempurna. Hal ini berpunca daripada tahap pengajarannya yang sungguh mengecewakan sehingga apabila kamu mendapat/membuka slip gred kamu, kamu juga turut merasa satu perasaan yang sungguh menyayat/meluluhkan hati iaitu kecewa. Hmmm, kebarangkalian contoh seperti di atas untuk memberi pemahaman lebih mendalam kepada pembaca/penuntut ilmu/u'olls sekalian agak lemah, maka agak best lah kiranya diri ini meng'recite'kan satu kisah dalam hidup saya:

"Saya ada seorang lekturar, dia mengajar di pusat pengajian saya, School of Mathematical Sciences. Dia tak bias, tak feminist atau yang semasa dengannya. Subjek: Introduction to Real Analysis (susah woo). Seperti apa yang dinyatakan dalam bracket itu (susah woo), maka agak penting untuk kami menukarkan 'susah woo' kepada 'senang AAAA', akan tetapi malang itu memang 'smelless'. Kami TERAMATlah HAMPEH dengan lekturar tersebut. Apa yang diri ku 'mean' kan dengan TERAMATlah HAMPEH??? Beliau hanyalah sekadar membaca nota itu kembali + komunikasi ilmu yang TERAMATlah SEDIKIT. Maka kami juga turut membaca nota itu dan berpuas hati (terpaksa) kerana dapat menghadam ikan bilis@ilmu yang sebilis je kami faham. Hatta, pada hari kejadian@EKSAM Day, kami pun sekadar membaca buku soalan sahaja (figuratively). Yaaaaa, balik bilik nangis tahap ciban nak penuhkan Laut Pasifik (figuratively)."


Arghh tidak, Germany kalah (xda kena mengena pon, just tunjuk gambar kecewa)

Pernah tidur dalam kelas dia, dahlah duk depan...

Nangis hemoglobin tak bermelodi u bila x dpt jwb soalan exam...hambik ko...
 
So as u baca, two@2 stetmen terbawah itu tipu belaka sahaja (hof courze jawab lah + tak nangis pon), tapi sungguh terang ini menudingkan bahawa bagaimana seorang pendidik yang lemah mampu memudaratkan si penuntut ilmu jikalau si pendidik hanyalah memberi makan ikan bilis sahaja kepada si penuntut ilmu. Di dalam 'jenayah' ini, si pendidik bersifat neutral. Bagaimana pula dengan si pendidik yang terlampau menganak-ikankan si penuntut ilmu atau senario kes buruk (worst-case scenario), si pendidik itu pula bersifat seperti stetmen teratas itu tadi (lihat top)? Itulah yang dimaksudkan dengan double disaster itu tadi.

Oleh itu, dimasukkan ke dalam telinga kiri anda lah bahawa jangan lah mengkomen yang bukan-bukan terhadap lekturar korg. Cuba fikir, dia mungkin bias, tapi dia membantu anda mendapatkan A'$$$$$$$$$. 

Fikirkan lah segoreng-gorengnya, serebus-rebusnya, sebelum u'olls bermadah yang tak benar sama sekali.

ABC

Kisah ini terjadi ketika diri ini di dalam sebuah gereja, Holy Rosary Church, Limbahau Papar.

Bahagian depan HRC

Sesudah sampai di depan gereja maka masuk lah kami ke dalam gereja, lalu duduk di tempat belakang. Di sebelah ku merupakan sepupuku yang berumur 4 - 5 (bukan 4 TOLAK 5, diri ini lupa umur sebenar) tahun, Charlene.

My cousin: Charlene Oswald

Aku sangat mengagumi keupayaan otak sepupu ku ini, jelas sekali dia mewarisi sifat kebijaksanaanku. Maka untuk menge'test' beliau (yaaaaa, beliau pula), aku memberi madah kepada beliau untuk mengira bilangan bilah kayu kipas Cina yang ada di genggaman tangan nya. Lalu, tanpa angin yang berlalu untuk memberikan ribut yang kuat, dia mengira:

"One, two, three, four..."

YAAAA, OMGness, Ya Amps, beliau mengira sambil menuturkan bahasa Inggeris pula. Sedangkan aku pada ketika ini baru mula berjinak-jinak dalam bahasa Melayu daripada bahasa Tokopteh dan Tonton Saga  ku (gelaran untuk gula-gula Kopiko yang ku minati dan Proton Saga, kesaksian dari ibu bapa dan kakak ku sendiri). Akan tetapi beliau miss satu perkara lah: mulut yang menuturkan bahasa pengiraan itu tidak iras dengan tangan yang bergerak untuk menyamakan bilah kipas yang dikira. Dalam erti madah lain, lip-sync tak sama dengan hand-sync; bilangan bilah kipas ada 23, beliau mengira sampai 40 pula!!! Nak showoff lah tu...motiff sgt.

Setelah beberapa ketika, aku berdialog lagi:

Diri ini: Ko pandai ABC kah???
Char: Pandai...
Diri ini: Cuba, sy mau dengar...

Dengan YAKINNYA beliau berkata:

"small letter a, small letter b, small letter c..."

Lalu, arteri vena dan epidermis segala dermis muka ku kecut ketawa mendengar beliau mengeja ABC, yaaaaa, siapakah teacher (bahasa beliau) yang mengajar beliau itu, perlulah aku berjumpa teacher itu. Lalu emak ku menyuruhku diam kerana Mass hendak bermula lah.

*********

Kisah berlaku di pekan pula. Sedang aku menggerakkan femur, tibula, dan otot-otot betis ku, sambil telapak tangan ku memegang telapak tangan beliau, aku bernada sekali lagi:

Diri ini: Ko pandai eja kah tu??? (Sambil menudingkan jari ke arah papan tanda bertajuk 'Jalan')
Char: Pandai

Sekali lagi...

"J-A, JA, L-A-N, KA, BUKA..." 
 
Sekali lagi aku terpaksa memaksa tubuh menahan gelak.

Beliau juga berkata kepadaku apabila ditanyakan samada pandai membaca, beliau bersuarakan PANDAI. Sedangkan tahap mengeja beliau sahaja berada di antara E dan D (gred sekolah), mana mungkin beliau bisa mengatakan beliau pandai menuturkan perkataan daripada kertas pula, apatah lagi daripada sebuah buku. Yaaaa, Pelik bin Ajaib lah stetmen tersebut.

Apa-apa pun, aku percaya dengan otak yang bergeliga itu, beliau PASTI akan berjaya!!! Yeah...

B-Y-E, BYE, B-Y-E, BYE, BUBYE!!!