Friday 10 September 2010

ABC

Kisah ini terjadi ketika diri ini di dalam sebuah gereja, Holy Rosary Church, Limbahau Papar.

Bahagian depan HRC

Sesudah sampai di depan gereja maka masuk lah kami ke dalam gereja, lalu duduk di tempat belakang. Di sebelah ku merupakan sepupuku yang berumur 4 - 5 (bukan 4 TOLAK 5, diri ini lupa umur sebenar) tahun, Charlene.

My cousin: Charlene Oswald

Aku sangat mengagumi keupayaan otak sepupu ku ini, jelas sekali dia mewarisi sifat kebijaksanaanku. Maka untuk menge'test' beliau (yaaaaa, beliau pula), aku memberi madah kepada beliau untuk mengira bilangan bilah kayu kipas Cina yang ada di genggaman tangan nya. Lalu, tanpa angin yang berlalu untuk memberikan ribut yang kuat, dia mengira:

"One, two, three, four..."

YAAAA, OMGness, Ya Amps, beliau mengira sambil menuturkan bahasa Inggeris pula. Sedangkan aku pada ketika ini baru mula berjinak-jinak dalam bahasa Melayu daripada bahasa Tokopteh dan Tonton Saga  ku (gelaran untuk gula-gula Kopiko yang ku minati dan Proton Saga, kesaksian dari ibu bapa dan kakak ku sendiri). Akan tetapi beliau miss satu perkara lah: mulut yang menuturkan bahasa pengiraan itu tidak iras dengan tangan yang bergerak untuk menyamakan bilah kipas yang dikira. Dalam erti madah lain, lip-sync tak sama dengan hand-sync; bilangan bilah kipas ada 23, beliau mengira sampai 40 pula!!! Nak showoff lah tu...motiff sgt.

Setelah beberapa ketika, aku berdialog lagi:

Diri ini: Ko pandai ABC kah???
Char: Pandai...
Diri ini: Cuba, sy mau dengar...

Dengan YAKINNYA beliau berkata:

"small letter a, small letter b, small letter c..."

Lalu, arteri vena dan epidermis segala dermis muka ku kecut ketawa mendengar beliau mengeja ABC, yaaaaa, siapakah teacher (bahasa beliau) yang mengajar beliau itu, perlulah aku berjumpa teacher itu. Lalu emak ku menyuruhku diam kerana Mass hendak bermula lah.

*********

Kisah berlaku di pekan pula. Sedang aku menggerakkan femur, tibula, dan otot-otot betis ku, sambil telapak tangan ku memegang telapak tangan beliau, aku bernada sekali lagi:

Diri ini: Ko pandai eja kah tu??? (Sambil menudingkan jari ke arah papan tanda bertajuk 'Jalan')
Char: Pandai

Sekali lagi...

"J-A, JA, L-A-N, KA, BUKA..." 
 
Sekali lagi aku terpaksa memaksa tubuh menahan gelak.

Beliau juga berkata kepadaku apabila ditanyakan samada pandai membaca, beliau bersuarakan PANDAI. Sedangkan tahap mengeja beliau sahaja berada di antara E dan D (gred sekolah), mana mungkin beliau bisa mengatakan beliau pandai menuturkan perkataan daripada kertas pula, apatah lagi daripada sebuah buku. Yaaaa, Pelik bin Ajaib lah stetmen tersebut.

Apa-apa pun, aku percaya dengan otak yang bergeliga itu, beliau PASTI akan berjaya!!! Yeah...

B-Y-E, BYE, B-Y-E, BYE, BUBYE!!!

No comments:

Post a Comment