Friday 10 September 2010

Restoran

Kisah ini dinadakan dengan diri ku oleh seorang kawan baik yang ku gelar 'Uncle' atau si '6' (Konsep cerpen sama cuma diriku kembangkan untuk memenuhi tuntutan sebuah blog):

Raja lawak CLC: Uncle 6 (Annam)

Disebut kisah, terdapat seorang lelaki yang baru sahaja memenangi sebuah loteri atau nombor ekor, lalu beliau menjadi orang kaya baru. Maka untuk meraikan kemenangan beliau, beliau telah bermotorlah ke sebuah restoran mewah untuk makan, samada sarapan, lunch, brunch, segala macam unch-unch, diri ini tidak mengetahuilah. Maka beliau duduk di situ sambil blurr, kerana ini merupakan kali pertama beliau memasuki sebuah restoran mewah. Tidak mengetahui apa yang beliau perlu lakukan, beliau telah berpendapat agak baiklah sekiranya beliau mencontohi lelaki mewah sepertinya juga yang duduk di sebelah beliau. Hatta, segala macam gaya yang lelaki tersebut gerakkan, beliau juga ikuti; gaya beliau duduk, gaya beliau bernafas, korek hidung, etc dsb.

Maka, tibalah masa untuk beliau makan, sekali lagi beliau ikuti lagak lelaki mewah tersebut:
Lelaki mewah: Hey kamu pelayan, bagi saya Kuey Teow Tom Yam satu.
Beliau: Hey kamu pelayan, bagi saya Kuey Teow Tom Yam satu.

Setelah beberapa abad lamanya, lelaki mewah berdialog lagi:

Lelaki mewah: U over here, bagi saya Nasi Goreng Terspecial.
Beliau: U oveq here, bagi saya Nasi Goreng Terspecial. (beliau orang Penang lah...)

Lelaki mewah berasa hairan, mengapa setiap tutur kata yang dimadahkannya, beliau juga berlagu sama. Maka si lelaki mewah berkata lagi:

Lelaki mewah: Hey u, bagi air suam satu.
Beliau: Hey u, bagi ayaq suam satu.

Lelaki mewah bertambah Pelik bin Ajaib. Untuk menge'test' teori nya, lelaki mewah order lagi:

Lelaki mewah: Bos, bagi newspaper satu.
Beliau: Bos, bagi newspaper satu.
Lelaki mewah: Hey, kenapa u order yang sama sebagaimana saya order hah???
Beliau:

Ape, ko ingat ko sorang je boleh MAKAN newspaper???
:
:
:
:
:
????????????

Kan bagus Gee Tom Yam macam ni...

*********

Seorang lelaki mewah, berlainan seperti cerita diatas, telah bertandang ke sebuah restoran mewah di mana pelayan nya hanya memahami bahasa kedua yakni bahasa Inggeris kerana mereka semua mendapat BAND 6 dalam MUET. Maka lelaki tersebut telah mengalami masalah komunikasi dengan pelayan tersebut. Sama seperti cerita di atas, beliau juga decided untuk meneladani lelaki yang duduk di sebelah beliau untuk mengorder makanan. 

Lelaki sebelah: Waiter, give me Fried Rice and Watermelon Juice please.

Dengan YAKINNYA beliau mengatakan:

"Waiter, give me RICE COOKER and WATER PUMP juice please!!!"
:
:
:
:
????????????

No comments:

Post a Comment