Friday 21 May 2010

Azam hari baru...

Setelah mencuba untuk tidur semalaman, lepas memblogkan apa yang aku nak blogkan, akhirnya aku mengalah kepada imaginasi aku. Kadang2 bila aku nak tidur ja, mesti ada something yang bermain dalam pemikiran aku; alamatnya, stay up lah jawabnya. Kekadang tu bila dah rasa penat sangat and nak tidur, pabila "ilham" datang menjelma dan "idea" bermain di dalam fikiran, automatically aku akan sedar dan bermain2 dengan itu semua. Huh, frust pun ada, tapi bukan selalu kan 24 hour tak tidoq. That's why I came up with another ilham in my mind: aku nak fokus dengan kerja aku dalam NRIC hari ini. I'll try to help my secretariat dalam apa jua masalah yang masih ada sebelum main event pada 26 May nanti. Lantaklah apa yang akan berlaku hari ini, aku nak fokus pada NRIC gak, and try to have much fun in the work.

Sebagai bendahari NRIC, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menanyakan setiap universiti mengenai cara pembayaran mereka. Sepatutnya aku dah lama dah buat benda ni, cuma aku je yang malas and Participant Management pun blum confirm lagi mengenai bilangan projek, bila nak hampir event je, tetiba ada satu projek masuk, pastu UKM pun nak masuk, tapi last2 x jadi. Okie lah tu, sebab layout dewan pun dah setel dah, nak ubah last minute pun mmg tak dpt punya.

8.30 pagi: Maybe akan bergerak ke bilik gerakan NRIC tumpang motor Naz, pastu nak jumpa Kak Win nak confirmkan sekali lagi ttg pembayaran universiti. Dan bermulalah...

OPERASI HUTANG!!!! ahahahahahaha

Yup, nama di atas merupakan gelaran yang akan diberikan kepada operasi kami berdua pada hari ini, OPERASI HUTANG. Objektif: bertanyakan mengenai cara pembayaran setiap pembayaran mereka dan bila nak bayar. Benda ni penting gak sebab nanti tym event takyah lah dok nak pening kepala lagi fikir pasal bayar membayar ni. Misi: Mendapatkan sebanyak mungkin info mengenai cara pembayaran mereka dan tarikh pembayaran. Pasal benda ni aku kena tegas ckit, yelah, skrg dunia pun masih lagi tgh recover dari global recession (again, BLAME U.S.!!!) and menurut post sy yang lepas (buat awal pagi tadi), peruntukan mmg tak cukup untuk setiap universiti di Malaysia (with the exception of USM, I think, since we are APEX), so pasal pembayaran ni mungkin ada sesetgh universiti yang rasa sensetap kot. Tapi apa pun, saya akan cuba berusaha sedaya upaya saya untuk korek info pembayaran dari mulut dorg sendiri. HahHHAHAaa....

Okie lah, I think that would be it for now. Apa2 info lgi nanti aku update...chow lok...

P.S.: Tetiba tadi aku terfikir pasal provisional result exam aku. Hari ni dah 21 May, prov, result kuar 25 May, fuh...berdebar jantung aku tulis ayat ni...huhuhuuuu...mudah2an lulus semua lah, sy tak target tggi pun actually...

Update terbaru...

Hah, ni kiranya post "pertama" aku lah setelah lama x berblog. Bukan apa, cuma aku cbuk ngan aktiviti kat USM, lagi satu aku xda benda apa pun nak tulis dalam blog (kering idea)...so I ingat nak kumpul pengalaman hidup selama2 beberapa bulan ni and then baru aku tulis...huhu.

Oleh kerana telah lama tidak membuka blog maka aku pun telah hampir lupa akan password blog aku...hahahaha. Password aku sama ja ngan FB, emel, laptop aku, etc (senang nak ingat, senang kerja), cuma aku bagi combination ngan perkataan lain ja and then tambah ckit ngan underscore ( _ ), tu yang susah tu. But then after a second try, dapat gak...yes!!!

Okie, apa yang aku nak tulis plak ekh??? Ni lah keburukan kalau lama x berblog, bila kita nak berblog setelah lama x berblog, kita tak tau nak tulis yg mana satu dulu. But for the time being, better tulis apa yang aku fokus kat USM skrg: NATIONAL RESEARCH & INNOVATION COMPETITION 2010 @ NRIC 2010 (ewahhh...siap nama penuh lagi tu).

Pada pukul 3.00 petang kelmarin (20 MAY 2010), telah diadakan mesyuarat antara En. Nazru, pegawai HEP ngan Sekretariat NRIC. Telah dipersetujui bahawa HOD shj yang akan hadir dalam meeting tersebut kerana ahli2 lain harus membersihkan Dewan Kembara IK untuk para hakim bersidang dan sebagainya. Maka bergerak lah kami ke bilik mesyuarat HEP dan berdepan dengan para2 pegawai HEP. Banyak perbincangan telah dilakukan, perbahasan yang dibahaskan, usul yang dihujahkan, dsb. Marah-memarahi dan dimarahi adalah perkara biasa apabila dalam mesyuarat HEP ESPECIALLY dengan En. Nazru, akan tetapi setelah dua tahun dalam sekretariat NRIC, itu merupakan perkara biasa dan bolehlah dikatakan kami (orang2 yang telah dulu lagi berkecimpung dalam NRIC) agak kebal dengan beliau. Akan tetapi serius itu masih menjadi suatu "agenda" utama apabila berhadapan dengan beliau. Alah...x kisahlah semua tu...

Okie, kita tiba pada main event kita pada meeting kali ini: PEMBENTANGAN PENYATA AKAUN NRIC 2010. Sebagai Penolong Bendahari NRIC (Dalila @ Bendahari Utama NRIC tgh L.I. tym tu, maka sy menggantikan tempat dia), adalah menjadi tanggungjawab sy untuk membentangkan penyata kewangan NRIC 2010. Sepatutnya pada minggu lepas lagi sy sepatutnya berjumpa dengan En. Nazru personally mengenai penyata kewangan tersebut, akan tetapi terdapat beberapa budget yang x confirm lagi maka sy menangguhkan hasrat tersebut. Dengan hati yang berdebar2, saya pun memberi salam kepada semua yang hadir dan membentangkan penyata kewangan tersebut. Akan tetapi baru selesai membentangkan pendapatan NRIC untuk tahun ni (belum masuk perbelanjaan lagi tu), pap!!!!!!!!!!!!!!!

En. Nazru berkata:

Kenapa masukkan duit Tabung NRIC tahun lepas? Tabung NRIC tahun lepas merupakan duit orang (NRIC) dulu2. Hang guna lah duit yang hang dapat sendiri...

Lebih kurang macam ni lah dia cakap, sy tak berapa nak recall sangat apa yang dia kata. Hati mula berdebar, dan setelah beliau sendiri membuat perkiraan, RUGI merupakan perkataan yang keluar dari mulut beliau. Ya, saya mengaku, memang rugi NRIC kali ni. Saya bukan nak salahkan sesiapa tetapi budget kali ni memang banyak berbanding tahun lepas. Sebabnya:

  1. Sebagai pelan strategik untuk memperkenalkan lagi NRIC kepada orang ramai, maka kami telah mengadakan MINI NRIC pada 10 April lalu. Langkah ini dilihat strategik untuk melebarkan lagi NRIC kepada masyarakat Penang khususnya kepada budak2 sekolah. 
  2. Penyertaan kali ni kurang berbanding tahun lepas: 2009 - 150++ projek, 2010 - 129 projek. Maka terdapat kekurangan dari segi yuran penyertaan di sini. Kurangnya penyertaan dalam NRIC 2010 kali ini adalah disebabkan kurang peruntukan dari kerajaan untuk universiti2 di Malaysia, maka kurangnya jugalah penyertaan atas dasar "save budget". Blame U.S. for the global recession!!!...
Ini merupakan dua alasan kukuh yang dapat difikirkan atas dasar kerugian kali ini. Akan tetapi En. Nazru telah berkata sesuatu yang memang saya sendiri pun tak terfikir kali ini:

"Kenapa tak minta dengan VC? Tulis surat lah minta ngan dia..." 

Sekali lagi ini merupakan anggaran apa yang beliau katakan. Agak pedih ayat di atas tadi, sebab itu merupakan mangga untuk mulut kami semua daripada terus menghujahkan mengenai kerugian tersebut. Serius, saya katakan, memang tak terlintas di dalam pemikiran saya untuk menulis surat kepada VC meminta peruntukan (walaupun bukan kerja saya sebenarnya). Kami hanya bergantung harap kepada sponsorship daripada Motorola ngan KPT and then yuran penyertaan setiap universiti yang bertanding. Kami x sangka akan jadi macam ni. Ingatkan boleh lah nak korek keluar duit NRIC dari tabung tu, dup dap dup dap, alasan itu juga ditapis. Owh, sungguh menyakitkan hati, apakah alasan munasabah untuk tidak mengeluarkan duit dari Tabung NRIC??? Habis tu takkan nak simpan duit tu je smpi berlambak dalam tabung, like it was nothing at all. Sungguh menyakitkan hati juga, dan disaat ini juga aku merasakan adakah masih ada harapan untuk mencari peruntukan bagi menampung kos kerugian tersebut??? Dan hati aku mengatakan ya, tapi di mana??? En. Nazru juga telah berkata, kalau nak guna, boleh, tapi lepas tu bayar balik. Kalau macam tu, better jangan guna at all...cis, ayat aku tadi baru je sokong alasan dia...huh!!!

Di dalam kesempatan kami berdiam diri juga En. Nazru berjalan keluar dari bilik mesyuarat, pastu beliau memanggil Nik pula. Apa yang dibincangkan, Nik hanya berdiam sahaja. Tym ni lah kami dah start popet popet tentang masalah yang dibincangkan sebelum pembentangan penyata akaun tadi. Kelihatan juga En. Nazru menelefon seseorang, tapi aku xnak ambik kisah sebab aku risau pasal akaun NRIC. Mana nak cari duit, nak untung balik. Tak kisah lah banyak mana pun, asalkan NRIC ada untung. Tugas sebagai bendahari ni pun susah gak, coz I have to maintain the standard of NRIC, even money. NRIC ada standard tggi dalam USM, even Prof. Asma pun dah state kan NRIC sebagai list utama dia (lebih kurang cam tu lah), Prof. Dato' Omar Osman (beliau dapat gelaran Dato' Ahad lepas, tggi dah standard beliau) pun dah mention dalam dinner TOT tym tu yang NRIC akan dimasukkan sebagai projek pelajar dalam ada2 lah something yang KPT mention hari tu, lupa lak. Tapi yang pasti memang NRIC ada high standard, dan saya sebagai NRIC-er sangat2 menjunjung tinggi NRIC dan sekiranya saya telah bergraduate nanti, I'll help NRIC in any way possible. Cewahh...

And then....

En. Nazru:
Good news! Tak payah tulis surat kepada VC, Prof. Dato' dah setuju nak bagi RM 30,000 untuk peruntukan NRIC.

Di saat itu aku merasakan bahawa aku dah selamat daripada dugaan2 melara...haaahahahaha. Kami pun mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dato' walaupun beliau x berada di situ (Dato' kat Mekah tym tu...dgr kata lah). Peruntukan sebanyak RM 30,000 itu adalah cukup untuk menampung kos RM 15,000 projek2 USM yang akan bertanding dalam NRIC dan kerugian yang mencecah RM 11,687.00. And after a quick calculation, our profit for this NRIC is RM 3,313.00. Walaupun sikit, sangat bermakna, fuh, dalam kata Siva, "lega aku". Ya, lega mendengar berita itu, dan saya sangat2 berterima kasih dengan Prof. Dato' untuk peruntukan tersebut. Andai kata beliau berada dalam pejabat, saya akan pergi terus kepada beliau, shake his hand, and personally deep from my heart I will utter the word "Thank you so much!!!". HONESTLY!!!

Fuh, the worst is over, and sekarang tiba masa nak balik. Tup tap, tup tap, tetiba En. Nazru baik pla ngan kitorang, siap gurau lagi. This is something yang saya dah expect dah actually, dalam meeting dia buat garang, but then lepas habis dia gelak ngan student plak...he's cool, I think. Cuma mindset kita bla nak meeting ngan orang2 besar ni, memang kena serius, yalah takkan nak main2 pla. Lain lah meeting ngan PRO hari tu, Naz siap kena tekel lagi ngan Che Mat...huhuhuu. Lawak meeting ngan dorang, and very efficient and lively (sebab bilik meeting tu menghadap Jambatan Pulau Pinang, and the view is so wonderful tapi rosak mood sebab hujan). Dah jabat tangan everything, bincang ngan Kak Win pla pasal akaun tu nak setel everything and then kena balik bilik pla sebab malam tu kena bersihkan DUP pla sebelum JINACO masuk nak setup booth.

Setakat ni lah citer aku kali ini. Sangat hectic...fuh...tapi sebelum tu aku nak sajikan korang ngan gambar yang aku kena tag tadi dlm FB...

Banner NRIC...cantik kan???

Cuba korang tgk kat lelaki pakai baju hitam seblah kiri, posing maut tu!!! hahaha

Lawak tgk gambar kat atas. Gambar pertama merupakan mlm dorg pasang banner, tym tu aku xda sebab nak siapkan akaun NRIC. Gmbr kedua baru diambil tym kitorang bersihkan DUP tdi, a few hours ago. hahahahaahahaa...

Best memories ever...

Okie, take care, gud morning!!!