Thursday, 17 February 2011

|Welcome to the World|

Yeah, pada 11 Februari, yakni 3 hari sebelum Valentine's Day lah, salah satu keajaiban dunia telah berlaku. Lokasi: kampung ku di Papar, Sabah. Kakak ku, Jessica Edwin, telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 3kg. Dan aku telah menjadi uncle buat kali yang entah ke berapa aku sendiri pun tak tau, sebab aku ada anak buah yang lagi tua dari aku, true story!!! Akan tetapi sedihnya aku berada di Penang lah ketika itu, lalu tidak dapat menyaksikan bayi lelaki itu lahir ke dunia. Akan tetapi, mujurlah dengan kecanggihan teknologi dunia pada masa kini, camera dan Facebook/Internet, maka dapatlah aku menyaksikan bayi lelaki itu, walaupun secara maya. Dan inilah beliau:


Yeah, dapatlah aku menyaksikan bayi lelaki ini. Nama: itu akan ditentukan kemudian oleh kakak ku. Apa2 pun aku akan menyayangi penuh anak ini, seperti dia adalah anak ku...wah ayat, gtu. Ajaib kan, betapa indahnya kuasa Tuhan.

Oh lagi satu, janggan lah menganggap beliau lahir complete dengan baju dan blanket. Semua itu disediakan lah setelah beliau lahir.

Okielah, tu je untuk entry kali ni, walaupun entry ni sepatutnya dibuat setelah beliau lahir dan bukan seminggu selepas beliau lahir. Tapi takpe, asalkan beliau lahir...yeah!!!

Happy Valentine's Day all!!!

P/S: Beliau lahir exatly 8 bulan sebelum tarikh perkahwinan kakak ku, 11 Oktober.

No comments:

Post a Comment