Wednesday 3 November 2010

Selamat Pagi Cikgu!!!

Pagi tadi, dalam pukul 5 camtu, suhu di Pulau Pinang mencatatkan suhu terendah, lagi rendah kot dari suhu di benua Antartika. Menggigil macam babi beb, serius. Pakai baju nipis ngan tuala, tak ke sejuk, dahlah lepas hujan lak tu. Cuaca sekarang memang tak menentu, maklumlah kan sekarang ni musim monsoon (taufan). Ribut bergelora, banjir kat Kedah ngan Kelantan, yang bagi tambah hujan ni pla letusan Gunung Merapi di Kepulauan Jawa membebaskan kepulan debu yang byk ke atmosfera. Kiranya kepulan debu tu merupakan persekitaran yang sesuai untuk wap2 air berkondensasi menjadi hujan. Jangan snow dah lah (dalam hati nak sangat2 snow!!! yeay...)

Selamba je dia menggigil kan...hahahaha

 Lokasi Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia.

Gunung Merapi

Post ni xda kena mengena dengan semua di atas, cuma nak bagitau kisah lucu yang sy dpt dari Notes dalam FB kawan, senior sy. Ia mengisahkan tentang cerita bagaimana seorang cikgu cuba untuk mengajar anak2 muridnya untuk memberikan perkataan berlawanan dengan kadar yang terpantas, last2 tuh dia jadi fed up, trus blah. Enjoy!!!

Nama FB: Arbaiyah Boq. Add lah...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (Senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

P.S.: Jangan main2 dengan budak2 zaman skrg. Kalo banding dulu ngan skrg, budak2 skrg lagi precocious (cpt matang pemikiran) dari dulu2 tau. Kalo dulu korg bleh tipu lagi adik2 korg, skrg ni dorg yg tipu korg kannnn...huh.

P.S. 2: Saya juga tergolong sebagai budak yang cepat matang pemikiran semasa kecil...serius!!!

No comments:

Post a Comment