Saturday, 6 November 2010

Ila dan IPG Batu Lintang

Baru ptg smlm pakcik (nak test dlu gelaran ni, okie ke tak, yelah diri pun dah tua kan...ceh tua mcm nak mampos kononnya) telah mendefinisikan satu lagi tatabahasa baru dalam Bahasa Inggeris: brunch break. Style...konon lah, untuk pengetahuan korg bahasa2 seperti ini - yang telah dipendekkan - hanya orang yang tidur lewat ngan malas bangun awal je yang cipta okie...ngan orang yang otak dia dah putus wayar sikit, nasib wayar pakcik okie, xde masalah apa2, pakcik hny tergolong dalam kalangan orang yang disebut pemalas tu je, hehehhe. Habis cerita...nak tau apa maksud brunch break??? Ni dia formula untuk brunch break:

Breakfast + Lunch + Tea break = Brunch break

Kiranya orang yang bangun petang stlh tdo dari semlm je yang mampu ambil brunch break, yang bangun pagi tu buat cara pagi, jgn berangan nak ambil brunch break, kalo perut ko cam gajah xpe gak kan...hahhahahahaa...

Aku tgh brunch break ko boleh jgn kacau tak!!!

Dah, dah, dah. Post kali ni ditujukan khas untuk kawan pakcik yang gorgeous meletuss...konon je. Diberi nama Ila Kamilan (nama facebook, nama sebenar Nur Fazilah bt Kamilan), beliau merupakan seorang guru dalam pembikinan di Institut Perguruan Batu Lintang di pusak@Kuching, Sarawak, mengambil ijazah perguruan prasekolah menurut beliau katanya, ketinggian: sama tinggi ngan pakcik, berat: rahsia katanya (sendiri cipta), susuk tubuh: seiras Nasha Aziz, kenapa tu??? Tu nnt pakcik kabarkan kat korg. Beliau merupakan bekas classmate pakcik kat sekolah paling happening di Beaufort, Sabah iaitu Sekolah Menengah Saint Paul, Beaufort (happening lah kononnya).

Amacam, ade gaya model tak??? Ada beran nak ambik dia jadi calon isteri??? Langkah mayat boypren dia dlu...

Untuk pengetahuan korg, ni lah lencana ex skul pakcik dlu, S.M. St. Paul...

Dipendekkan ceritanya sebab panjang sangat kitorg berchat (dalam byk2 kehidupan berchat pakcik, ni lah paling lama pakcik berchat ngan seseorang...serius), beliau menyatakan yang beliau kenal jr pakcik sebab dorg satu sekolah tym Form 6 dlu (part yg ni pakcik skip sebab rahsia katanya, takut jr terbaca pulak kan...). Lepas tu beliau mengatakan yang beliau telah membeli keyboard katanya, course punya pasal. Pakcik terkaku sat, sebab tym tu pakcik ingat dia ni guru BM, perlu ke nak blaja keyboard (beliau dah pandai bermain gitar, pastu next sem beliau blajar violin plak, jahanam pakcik)??? Dia balas:

nop
saye prasekolah ye
skang dalam dunia pendidikan, prasekolah jdk fokus...pakar pun kurang...nationwide
cegu prasekolah kena ada semua kemahiran
akademik, sukan n muzik
haiya
sepatutnya sem ni p italy kursus...tapi sylabus pack...
baru2 ni wat konsert geng....a taste of broadway ngan la misera...macam mau gila menyanyi, menari n berpoem2
ko pecaya aku menari tarian flamenco...?yg mirip tarian tap tuh?hahaha

"Ko baca statement atas tu!!! Prasekolah jdk fokus, pakar pun kurang, nationwide lak tu. So ape lagi, kitorg tak sabar2 nak cikgu2 cam korg, mendaftar lah di IPG berdekatan anda sekarang...yeah!!!"

Kering darah beb pakcik baca, tak ke kaku bile baca dia sepatutnya pergi ITALY semata2 utk kursus. Pakcik terkesima sat, memang pakcik nak pgi Italy, sebabnya mak pakcik pernah ckp dia nak pgi Rom, Italy. Dia nak lawat Vatican City, capital of the Roman Catholic Church (mak pakcik sangat religious and spiritual okie). Tggu mak, bila anak mu ini dah ada duit beribu, kita pi melancong kat Rom (ikhlas mmg nak bwa mak pgi Rom). Pastu ayat kat bawah tu paling xleh blah: wat konsert ala2 broadway pastu menari tarian flamenco!!! Reaksi pakcik:

ARGHHHHHH!!! Perlu ke ko nak menyiksa pakcik...

Baca mcm best kan??? Owh tidak sama sekali, hidup beliau bagaikan neraka di situ. Sebab??? 

sengsara jugak disini ni...mula2 sukan...tiap sem kena lari 2.4 km kurang dari 12 minit...berketul2 badan..
- pastu setengah mati perah otak untuk subjek tah papa yg xdikenali
-pastu muzik...kesana kesini bawak gitar bawak keyboard..mau patah bahu..sudahla kelas jauh dari hostel...
- tapi ip lain kan...yg amik sukan, bulan 6 baru2 ni diorang g china kaji sukan olimpik....thats why la kami sepatunya g italy, kaji pasal muzik...bagus jugak nda jadik...
- tapi kena ganti...mesti wat konsert tiap2 tahun...nda ko...macam apa jak keja

[SABAH101 - Nda dalam bahasa Sabah bermaksud tidak]

Style ke tak hidup beliau kat situ??? Kalo pakcik lah, dah lama keluar IPG masuk Uni, tak pun pegi cari keja. Apa taknya, pagi2 lagi dah bau ketiak berlari, pastu kena bawak gitar ngan keyboard plak pegi kelas. Tak hairan lah badan beliau ramping plus berketul2zzz (matilah kalo beliau terbaca, pakcik sujud dari hujung rambut mohawk smpi kuku jari panjang pakcik minta maaf kat ko). Lagi satu dalam statement above, pegi Italy just nak blajar music...style kan...jgn plak ko balik tetiba suara ko dah ala2 Mariah Carey, tak pun Maria Callas.

"Ko nak rasa bontot aku, meh kita pi Goyang Inul sama2...ewaaahhhh..."

Ah, lagi satu nak ckp pasal beliau punya program ni, program yang beliau masuki itu adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian, satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Tu yang beliau kena belajar semua tu: akademik, sukan dan muzik bak kata statement atas yang meletup tu. Beliau kata beliau xde PTPTN, sebaliknya elaun. Style dia kan, tak perlu bayar, just blaja bagai kepala nak meletup je (jealous!!!). Tapi harus jgn langgar kontrak katanya, which means xleh langgar peraturan institut (sama mcm universiti je peraturan dorg) or else byr RM 100,000!!! Ko nak mampus; PTPTN pakcik yang 10K tu pun blum tentu dpt bayar, ni kan pulak 100K. Konklusi: hidup beliau kat situ, kejap neraka, kejap surga, cuma neraka je lebih...hehhehee. Beliau kata program ni masih baru lagi (start Jan 2007); beliau batch yang ketiga, apprentice katanya (feeling2 The Apprentice, instead of You're Fired, kat IPG You're Out). Which means harus ada portfolio!!! Apa tu???

listen,
aku ada 8 subjek tiap sem....1 sem ada 5-6 bulan....
tiap subjek kena ada fail....yang tebal tu...ko tau?? kena ada note kuliah, presentation, segala aktiviti...refleksi....
mesti rekod
itulah portfolio
memandangkan aku 4 years degree....
aku ada 8 times 8 portfolio yg tebalnya gila babi.


Tak pitam ko baca penjelasan dia??? Mmg neraka je lebih kat situ, sikit surganya. Pakcik baca pun blh feel pain beliau kat situ. Pakcik ada satu fail tebal, tu pun mmg tak larat nak bwa tetiap hari, ni kan pula lapan kali lapan = 64 fail tebals yang perlu dibawa tetiap hari!!! Kenapa tetiap hari???

kena chek MQA...
adei
setiap sem portfolio paling ditakuti dah
bukan exam lagi
aiya
kalau portfolio xok
silap2 xkena iktiraf lagi

Dan MQA???

MQA tu Malaysia Qualifications Agency....university ada gak...tapi kamurang dah pass...program yang dah diiktiraf
kami ni kan aprentice
program baru
kena check
MQA memnag nightmare
minggu depan diorang datang
tau camana diorang nilai?
if ada student lalu lalang diorang akan main panggil jak
pastu tanya sekarang kelas apa?sapa lect?ada portfolio?
kalau xda, siap ko
adada



"Ko jgn meroyan sana sini!!! Bak sini fail ko!!!"

Jahanam kan baca statement kedua tu...sebab program ni masih baru, so perlu ler ada satu agensi khas memantau keberkesanan program tersebut. Kesian kat dorg, nota kuliah, presentation, aktiviti, refleksi, berbagai si-ti kena check, sebabnya harus memastikan program tu berada di landasan yang betul. Tak pasal2 kan dating kat tepi longkang, tetiba agen MQA terjah kat belakang, bukan nak tangkap basah, tapi nak minta fail katanya. Bawa fail2 tebals tetiap hari ni pun menambahkan lagi ototz dan kerampingan beliau. Wow, pakcik rasa diantara wanita moden skrg ni, ko lah paling vogue Ila, mmg meletupzzz!!!

"Tak kesal mak angkat keyboard ngan fail tebals2 segantang tu keliling kampung, no liposuction, xyah drug, ni hasilnye. I bangge sgt ngan tubuh I!!! Terima kasih keyboard and fails..."

Statement pertama tu x leh blah, katanya portfolio paling ditakuti berbanding exam. Bapak!!!, kalo portfolio je, x yah lah ko study bagai nak mampos kan. Ni kena dua2 skali, azab ko!!! Dah tu pulak portfolio kena seragam satu kelas and xleh letak memana2, perghhhh!!! Sampai beliau kata beliau jatuh sakit sebab buat benda tu smua. Ni yang pakcik dah mula risau, sebabnya dia ni jenis yang tabah - alah pakcik bestpren dia dlu tym sekolah menengah pakcik tau lah - tapi physically beliau lemah (ke mcm lemah???). Kekadang tu masuk hospital, sanggup pakcik ponteng kelas nak visit beliau kat hospital, yelah dah hospital Beaufort tu jiran sebelah skul pakcik...alah acah je, kalau ada masa mmg pergi lah. Beliau kata beliau demam 3 hari mencatatkan suhu 39.8 Celsius. Kalo ko baca ni Ila, KO KENA JAGA KESIHATAN KO!!! Kalau tak pakcik sanggup turun padang jaga ko, kalau ko spon lah...ewaaah statement.

Lagi satu pasal program dia ni, lagi yang buat pakcik jeles bila dia kata, dia konvo 2 kali per degree!!! Mcmn tu??? Agak2nya kaya btul lah dorg (PISMP punya geng!!!) ni smpi pesta konvo blh buat dua kali. Motiff sgt!!! Tak yah lah ko tabur duit ko buat pesta konvo dua kali, satu je cukup; bagi duit yang lebih tu buat spon anak2 muda lain, yang mmg btul2 nak blaja, nak tingkatkan harga diri dorg (kelassss). Penjelasan mengenai konvo 2 kali itu:

2 kali konvo....
1st kat putrajaya...berpusat/pesta konvo ipg semalaysia
2nd nya kat kuching
konvo sdn bhd...ip masing2 punya
hehehe
jubah lain2 warna tau...hehehe

Kelas ko kan Ila, konvo kat tmpt ni, mmg tabik spring tercabut pakcik bagi kat ko...perghhh

Agak2 pesta konvo dorg mcm ni tak???

Pakcik pun minta penjelasan lebih sikit, maklumlah pakcik kan dah tua:

aku graduate bulan11/2012
pastu konvo first kat putrajaya...ada 27 ipg seluruh malaysia...setiap ipg ada 6 kumpulan untuk satu batch...so, batch aku akan konvo di pj....utk semua maktab di seluruh negara.... bulan 1/2013
habis jak disana, kami posting 3 bulan kat sekolah2.....tapi akan dipanggil oleh maktab masing2...macam aku, ipg batu lintang...untuk konvo di maktab sendiri....bulan4/2013....
pahammmm~~~~?
:P:P

Serius pakcik still x phm lagi, kenapa perlu buat dua konvo instead of satu, kan membazir duit, padahal ijazah ttp sama, sijil pun sama, jubah je yg lain2. Tapi dorg ni xyah kluar masuk ATM cucuk duit nak urus smua, maktab spon katanya, style!!! Lagi tambah jantung jeles...pandai ko kan pilih tempat ko nak sambung belajar Ila, mmg lintas hormat kat ko lah!!! Tapi dorg ni kena dera, katanya. Sebab??? Pakcik bgtau kalo beliau nak jadi seorg cikgu, jadilah cikgu yang berkualiti, jgn jadi mcm cikgu yang dera anak murid dia guna seterika untuk kejutkan pgi solat Subuh. Hmmm, beliau membalas, dorg yang kena dera...dera jadi cikgu yang btul2 ada hati perut beliau berkata. Mcmn tu??? Jgn kes korg kena dera masuk TV dah lah. Apa2 pun semoga berjaya menjadi cikgu cemerlang, gemilang dan terbilang dengan mottonya 1Perguruan: Murid Didahulukan, Pembelajaran Diutamakan...style!!!

Pastu pakcik ckp kat beliau, kalau ada kesempatan, pakcik akan turun Putrajaya tgk dia konvo (2012 tu...sanggup tguu nak tgk kawan pakcik konvo kan). Beliau gembira speechless, trus smbg penjelasan dia pasal konvo dua kali tu:

bila aku graduate....kami akan di rai dua kali
sekali kat semenanjung dan sekali lagi kat maktab sendiri
di pj nanti, ada 162 kumpulan...dari semua ipg seluruh malaysia...
tapi.....................
setiap ipg akan bawak kumpulan masing2 ke maktab sendiri untuk diraikan sekali lagi....
untuk maktab sendiri....xkanla diorang xnak buat majlis besar ni dimaktab sendiri kan?
fiuh......
paham?


"Btul ke u nak turun PJ??? I happy sgt, nanti boleh kita jalan2 sana sini ekk..."

Kiranya dorg ni diraikan macam dalam majlis kahwin lah, rai 3 hari, 3 malam. Tym ni pakcik dah paham sikit dah...alah paham2 gitu je. Time ni beliau dah perasan yg pakcik suka tny dia pasal perguruan, so dia tny lah pakcik, berminat ke tak jadi cikgu lulusan IPG??? Pakcik ckp lah kat dia, tym matrik pakcik pernah ambik MEdSI, tpi x dpt sebab kena demam, dah tu badan ada bintik2 merah lak tu, dah jadi mcm Spiderman. Tu yang sentap tu bila x dpt temuduga, tapi syukur dpt gak USM ku yang tercinta (cinta ke???). At least jauh sikit dari famili dpt gak enjoy sorg2, boleh gak pakcik buat perbuatan menghanjengkan diri sendiri...hahhahahaaa.

Baju ni??? I bogel sebenarnya, ni I cat bdn je...kelassss...

"UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, MENARA ILMU TERCINTA, JADI TUMPUAN ANTARABANGSA..."

Pastu beliau kata lah yg beliau nak sambung master/PHD, tapi HARUSLAH keje dlu kan, cari pengalaman, baru berdasarkan pengalaman buat master @ PHD. Sebabnya ramai yang mcm tu skrg ni, cari pengalaman baru sambung blajar...style kan!!! Terpikir gak nak cari keje jadi research officer kat USM ni, sebab nak bantu famili, tpi cukup ke gaji RO tu nak tampung famili, pastu diri sendiri lagi. Harus lah cari keje meletup kan. Kawan pakcik pernah kata, daripada cari keje sbgi guru sekolah, better lagi ambil master ngan PHD trus jadi lecturer. Gaji dia: OPCOS meletup dari gaji guru sekolah. Speaking pasal gaji guru sekolah ni:


Tgk gaji cikgu ni mcmn, DG41 lah, DG44 lah, segalam macam DiGi lah masuk...bgi yang dah mereput dlm bidang perguruan ni (maksudnya dah lama lah mengajar), OPCOS gaji meletup kan...

Tapi apa2 pun pekerjaan anda smua, korg harus minat ngan keje korg, yelah kalo tak minat, nanti keje tak produktif, takde thrill korg nak buat. Jgn pikir pasal gaji, nanti tak pasal2 duit sebukit, tapi kehidupan cam neraka, sebab keje tak sesuai ngan minat (bnyk graduan skrg dah negotiate awal2 gaji beribu ni mcmn...haruslah kan, hak dorg). So Ila, apa2 pun yang pakcik telah buat kat ko dlm blog yang tak berapa meletss ni, mudah2an anda berjaya menjadi guru cemerlang, gemilang, dan terbilang. Pasal ko nak konvo kat PJ tu, haruslah pakcik turun kan...siap bwa teddy bear yang btul2 hidup bagi kat ko sebgi kenangan...hahahhahahaaa.

Sebab tak larat nak bagi kat ko yang dewasa punya, pakcik bagi anak jelah okie, harus pelihara, so lepas ni HARUS kau beli peti sejuk ngan ekon sebukit, biar dia feeling2 Antartika kat umah ko, ada gak can nak merasa snow kat M'sia iye...

Di akhir kata blog yang babi ni, saya sudahi dengan:

1Perguruan: Murid Didahulukan, P&P Diutamakan

Cheers!!!

    1 comment: