Sunday, 6 February 2011

|TV Series|

Lama gak tak update blog, rasanya dah bersawang dah blog ni. Sori pada yang setia membaca blog ni, cehh, mcm lah follower aku banyak kan. 

Okie sebelum aku nak cerita apa yg aku nak cerita, meh aku bg tunjuk gmbr2 dlu:




Pernah tak tgk 3 TV series ni??? For sure aku mmg pernah tgk Charmed ngan Friends, but ironically, Buffy tak pernah lagi, even smpi skrg pun tak pernah tgk satu episod Buffy. Apa kaitannya dengan en3 kali ni??? 

Hah, tu yg aku nak habaq kat cni. Tym holiday ni lah, satu idea menjelma bgikan lampu yang menyala dalam otak ku: 

DOWNLOAD TV SERIES KAT ATAS NI, FULL SEASON, LENGKAP DENGAN SUBTITLE!!! 

Wah, motiff aku nak tulis dlm capital letter: peringatan yang aku nak download semua season - Buffy the Vampire Slayer (7 seasons, 144 episodes), Charmed (8 seasons, 178 episodes), ngan Friends (10 seasons, 236 episodes). So for the next few months, aku nak download season by season, meaning to say, download season 1 Buffy dlu, then season 1 Charmed, then baru season 1 Friends, which I already did, minus two episodes. Lepas dah download semua season 1 3 TV series ni, baru aku download season 2 plak, and so on. Then, when the time is right baru lah enjoy tgk semua TV series ni. Phewww, when that day come, aku kena ambik aspirin bnyk...yelah duduk mengadap laptop/PC lama2, pening kepala pun lama2 gak...hehehe.

Okie, masa untuk sesi soal jawab, (angan2 di interview oleh Berita Kampus... :P):

Soalan: Kenapa pilih TV series kat atas ni???
Jawapan: Buffy: tak pernah tgk Buffy, falls within my favorite genre(s) (action, supernatural, fiction, horror), included in many 'best of' lists (tgk Wikipedia). Charmed: I grow up with Charmed. Love the actresses, the plot line, and the powers is amazing!!! Friends: THE BEST SHOW EVER!!! A WORLDWIDE CULTURAL PHENOMENON!!! Next!!!

Soalan: Adakah anda mempunyai masa untuk menonton semua TV series ini???
Jawapan: Oh sudah tentu ya!!! Tapi harus diingatkan bahawa proses men'download' semua episod (combined episodes: 558!!!) tidak akan mengganggu proses akademik saya, malah itu akan dijadikan sebagai satu motivasi untuk belajar. Everytime that I do great academically, I will download a few episodes and updated them. 

Soalan: Adakah ini bermakna anda tidak akan menumpukan perhatian terhadap Gossip Girl, Glee, The Vampire Diaries dan HIMYM???
Jawapan: Oh tidak, sama sekali tidak. Dimaklumkan, bahawa saya akan sentiasa update kesemua cerita tersebut. Dalam proses men'download' dan meng'update' episodes dan seasons, ini merupakan proses yang baik untuk melatih tubuh dan minda bagaimana untuk mengurus masa dengan baik sekali. (apakah!!!)

Soalan: Adakah anda merasakan ini merupakan satu kerja yang gila dan sia2???
Jawapan: Gila??? Oh sama sekali tidak. Apa salahnya kita buat semua ni semata2 untuk hobi dan pleasure kita kan, lagipun ada banyak lagi orang lain yang buat kerja gila kat luar sana (artis sgt, tpi jawapan hampeh). Lagi satu, kerja ni akan menjadi sia2 kalau kita stop pertengahan jalan, which would be impossible sebab lepas dah download satu episod, mesti kita nak tgk apa yg terjadi seterusnya kan, so mustahil untuk kita berhenti men'download' semua episod, Mustahil. Mustahil!!!

*\_/*

Tapi masalahnya, ruang kat external aku tak cukup. Let's do some calculation okie.

Buffy ada 144 episod dengan size 350MB per episod (actually hampir 400MB!!!). So that means lepas tmbh darab semua, that would contribute to an allocation of 50,400MB @ 49GB dlm external aku!!! Baru 350MB, lets try 400MB plak. Kira punya kira, kita dapat 57,600MB = 56.25GB. OMG, belum masuk Friends, which is 176MB x 236 episod = 40GB+. Campur Charmed plak, lets say 350MB x 178 episod = 60.84GB. Combined size = 157.09GB, which is more than half of my external's storage space. So skrg ni aku ada dua option:
  1. Delete movies and other TV series yang tak best, to make more storage space.
  2. Beli external baru khas untuk TV series je.
Ni je option yang aku dpt fikirkan. Nak masuk dlm laptop, laptop rosak plak, so option untuk simpan dlm laptop mmg cancel lah. Tapi even aku delete movies pun, which is a total of 127GB, mmg tak ckup ruang lagi untuk simpan semua season, sebab aku ada extra 30GB lg. So kiranya aku kena bli yang baru lh kan... oh God. Kluar lagi duit ungu bli itu ini. 

But for the love of Buffy, the Halliwell sisters and the Rachel Greene, nahhh, beli je lah. Tak rugi pun kan.

Cheers

p/s: As of this moment, aku dah selesai download first season, first episod of Buffy, Welcome to Hellmouth. Hehehheee...

Thursday, 20 January 2011

|happy birthday ke 21|

Motif aku pilih gmbr ni??? Saja...ahhahahaha...lg pun aku suka Homer...u rock!!!

happy birthday to me,
happy birthday to me, 
happy birthday to meeeeeeeee (bukan mee goreng),
happy birthday to me.....

Woooohooooo, dah masuk alam 21 tahun (bukan 2 Alam okie), terasa lain pula, yelah sebab umur ni merupakan umur orang dewasa. Tapi apa2 pun aku sangat2 bersyukur kepada yang berkuasa alam, Tuhan, sebab melanjutkan lagi umur aku setahun. Sekarang ni aku tak bergelar remaja lagi dah...dah bergelar DEWASA. Gelaran yang orang ramai selalu 'bagi' kat aku, and what I meant by bagi is dorg ingat aku ni tua, yelah muka mature katanya, tapi dalam badan tu mature ke tak??? To be honest aku ni masih bebudak lagi dalam hati, cuma bila saya serius, then the other mature side of me akan kluar...hahahhahaa. Juga yang berkongsi birthday ngan aku, my favourite cousin of all, Lynny@Lenn ngan kawan aku kat USM, Saufia@Sopeq. Aku ngan Sopeq sama birthday ngan tahun, cuma cousin aku ni setahun lagi muda dari aku, tapi dia lagi matang pemikiran dari aku, pelik kan??? Anyhoo, aku mengucapkan SELAMAT HARI TUA kat korg, walaupun korg tak prnh baca @ jarang sangat baca blog aku ni...yelah aku ni pun bukan femes sgt pun, xda org sanggup promote blog aku ni, post2 pun besa2 jah...hahahaa (sebenarnya nak org promote blog ni...ahahhaa). Siapa kah mereka??? Lihat gmbr di bawah:

Lenn, my favourite cousin of all, sometimes crazy as well...hahaha

Sopeq, budak fizik...cute...hahahhaa

Kat cni, aku mintak maaf lah kat org berdua di atas ni, sbb ambik gmbr tanpa kebenaran. Ah, what the heck, dorg bukan tau pun blog aku, or dorg tak baca pun, or dorg ni silent reader??? OMGness, tpi sbb dh letak gmbr tak blh delete balik...huhuhuuuu...anyhoo...harap2 tahun ni, aku menjadi sorg yg matang, tak miang (I bet a thousand dollar, that trait WON'T go away!!!), sorg yg pnuh dgn keyakinan, bukan fizikal je, tpi mentally jg...sorg yang dh pndi bwa keta dan ada lesen keta skali ngan moto, yelah aku suka merempit, tpi haram, susah lah kan nak bwa jalan2 nnt. Lagipun dh nak masuk alam pekerjaan ni, kena pndi gak bwa keta kannnnnnn...hmmm apa lagi wish list aku ekkhh???

Result okie (aku tak harap gempaq, at least bg puas hati parents dah ah, dorg nak tgk anak berjaya pun dh cukup, btul tak???)
Nak bagi fofuler blog, harap2...
Nak camera sejibik...
Nak, nak, nak.........anak!!! hahahahhahahhaha (wah gersang aku...)

Yg kat atas ni, no 1 & 2 tu, OPCOS atas usaha aku sndri...so then for no 1, I have a few months je nk bagi gempaq result, which means aku kena study leklok, taknak sejarah berulang...huhuhuhhuu. Untuk no 2 tu, aku kena tingkatkan usaha mencari idea untuk entri2 blog yang berkualiti...wah3...tapi mslhnya aku ni sibuk sgt...so mungkin hajat tu akan lambat sikit tercapai kot...lagipun, laptop rosak, so tak boleh nak update sllu, tpi tu bukan alasan kan??? Blh je aku update blog, dahlah AWAL PAGI lak tu, kul 3 lebih...guna komputer lain, kannnnnnn. Utk no 3 tu, kalau org hadiahkan, aku mmg BEST FRIEND dia smpi bila2; kalau family bagi, he/she is my favourite family member forever, serius aku ckp...tpi kamera apa??? Hehehehee...

Kalau nak bagi yg lain pun blh, janji, satu family ngan die...ahhahahha
Wah, umur meningkat, dah pandai demand kan...OPCOS le...itu merupakan sebahagian drpd cara hidup kita, alah kita nak order makan pun kita demand kan??? X percaya lah kalau org kata dlm hidup dia, dia x pernah demand, walaupun sekali. Pffftttt...tipu ahhhhh...

No 4, yg tu pompuan yg dicintai shja yg blh bg...hehehhehehee...nak brapa??? Team bolasepak ke, kot2 boleh bwa Malaysia ke World Cup, atau nak anak tunggal??? Terpulang kepada niat isteri, dia ada mood nak buat ke tak, aku mmg sntiasa gersang pun, mslhnya kalau isteri tak gersang, mcmn nak buat kan??? Nnt tak feel anak yang kluar nnt...wah3 blog aku dah jadi blog seks...blog miang...awwwww...

So di akhir entri ni, aku xnak persiakan korg dgn nukilan yang memanjang ni. Kekasih gelap aku ckp post aku ni panjang sgt...yeke??? Hehehhee, yg penting entri yg kita tulis tu berkualiti (post aku ni berkualiti ke tak???), kannnnn. So apa2 pun aku harap hidup aku sntiasa di berkati, panjang umuq, rezeki tu, kalau tak mencukupi tak apa, asalkan ada, tu ja lah aku mintak. Wah penat tgn nak tulis...anyhooo:

SEMPENA KELAHIRAN BETA, BETA PERINTAHKAN HARI INI HARI CUTI AWAM!!!
(terdengar suara sorakan orang ramai menyatakan 'Daulat Tuanku')

Chiawww!!!

p/s: Birthday kebetulan jatuh pada Hari Thaipusam, so aku blh lah tulis yg kat atas tu kan...anyhoo, Happy Thaipusam to all...

p/s(2): Gmbr cousin aku tu, that's the decent gmbr yg aku dpt cari, plus aku malas nak selongkar gmbr FB dia yg len, sbb gmbr dia bnyk gmbr dia ngan kwn2 dia, lgpun dia ni kuat bersosial...ahh, I just love you my cousin...huhuhuuuu

Sunday, 16 January 2011

|review: Faster|


"After 10 years in prison, Driver (Dwayne Johnson) has a singular focus – to avenge the murder of his brother during the botched bank robbery that led to his imprisonment. Now a free man with a deadly to-do list in hand, he’s finally on his mission…but with two men on his trail – a veteran cop (Billy Bob Thornton) just days from retirement, and a young egocentric hitman (Oliver Jackson-­Cohen) with a flair for the art of killing and a newfound worthy opponent. The hunter is also the hunted. It’s a do or die race to the list’s finish as the mystery surrounding his brother’s murder deepens, and new details emerge along the way hinting that Driver’s list may be incomplete."

Kalau filem yang ada Dwayne 'The Rock' Johnson, SANGAT BEST, mcm filem ni, walaupun tak penuh dengan aksi, except for the part yang dorg kena kejar dengan polis in one of the flashback, scene Driver (Dwayne Johnson) pandu kereta mengundur tu SERIOUSLY best!!! Nak bljr pandu keta mcm tu...at least kalau ada roadblock boleh drive mengundur kan...hahahahhaaaa. Jalan cerita ni, ada certain part yg unexpected, and you can guess, filem ni ada 'dark atmosphere', sbb crita ni kan crita org nak balas dendam, so tym tgk ni, maybe akan ada kepala2 yang tergeleng2, tak pun ada yg x thn tgk crita ni sbb kejam sgt...tpi part2 komedi dia ada gak, wlupun ckit. Apa2 pun, memang tak rugi tgk sbb crita ni sgt best, dahlah pelakon pun best. So apa bintang nak bagi??? Bagi 4.5 lah, boleh??? Tak boleh bagi full 5/5 kang nnt ada yg ckp filem tu x best lak, so kena lh tolak 0.5 kan...hahahahahaa...apa2 pun again this movie is awesome, albeit that dark atmosphere it has. 

Tengok, jangan x tengok...

Chiawww...

p/s: Nak tgk Liyana Jasmay, owh man, nak tgk balik Khurafat lah...sah2 aku angau ngan LJ...huhuhuuuu

Bila lah dpt jumpa hang, Liyana???

Saturday, 15 January 2011

|review: Khurafat|


"Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Hal ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…"

"Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Hal ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati membunuh diri dengan mayatnya di atas katil. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya…perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi."

Filem ni merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam. Seriously, cerita ni mmg best. First tgk trailer Khurafat pun dah rasa gempak, mesti movie pun gempak. Dan ternyata btul sangkaan hati. Cerita ni mmg gila2 seram (sebab tgk sorg2, hahahahaha), sbb tgk dlm trailer tak banyak sgt scene hantu, yelah takkan nak bagi spoil cerita dlm trailer kan. Scene hantu dalam cerita ni mmg banyak, ditambah lagi dengan karakter Johan yang bekerja sebagai Pembantu Hospital di bilik bedah mayat mmg menambahkan lagi keseraman cerita ni. Hantu mmg ada dekat mana2 je, dan yang paling sy respect skali scene dalam van jenazah tym nak bawa mayat Anna balik ke kampung, bagi sy sangat tak expected. Mmg tak pernah tgk dalam scene filem seram Malaysia. Syamsul mmg btul2 kaji scene2 seram dalam kebanyakan filem seram Malaysia sebab dia nak bagi kelainan pada filem ni. Bagi saya, pembawaan karakter Syamsul sbgi Johan dan Liyana sebagai Aishah mmg berkesan. Sy suka tgk part Syamsul menangis, comel...hahahhaaa. Sampaikan mak dia bagi gelaran 'Hero Air Mata' kat dia sebab dia mudah menangis dalam filem. Liyana pula comel memakai tudung dalam filem ni. Ending filem ni sedih, tapi takkan nak bgtau mcmn kan, nnt spoil lah cerita ni. Tapi apa2 pun korg kena tgk Khurafat baru korg boleh nilai samada filem ni bagus ataupun tidak. Korg suka atau tak suka, yang penting bila kita tgk, kita sokong arena filem tempatan, right? So apa2 pun, bg yang blum tgk, pi lah tgk. Rugi tak tgk, sebab Liyana Jasmay ada...hahahhaaa. Actually tgk filem ni pun sbb satu, poster filem ni bg saya ada 'dark atmosphere', tambahan lagi suka tgk gambar Liyana menjerit. Yang kedua, sebab ada Liyana Jasmay...hehehee. Entri sebelum ni saya ada bgtau kan yang Liyana pernah duduk row seat sebelah aku tym tayangan filem Histeria kat DTSP dulu. Tu yg aku angau tgk dia ni...hahahhaaa. Okielah, cukup entri kali ni. Nnt kalau ada apa2 filem seram atau genre lain yang sy tgk, nnt sy bgtau.

Chiawww...

Thursday, 13 January 2011

|Damping Malam|


Sebenarnya dah lama dah nak buat entri pasal filem ni, tapi hari ni baru dpt idea cmna nak buat. Di sini tak perlu saya nak bgtau sinopsis filem ni sebab korg boleh tgk sndri apatah lagi dh bnyk blog buat sinopsis pasal cerita ni, korg Google sudah. Cuma nak bgtau apa yg sy fikirkan pasal filem ni. Tapi kalau korg nak tau jg sinopsis filem ni, ni link dia:


Filem ni agak berbeza dgn filem arahan Ahmad Idham sebelumnya, Jangan Tegur & Jangan Pandang Belakang. Ramai cakap filem arahan Ahmad Idham tak best, tapi bg sy filem ni bagus, sebab ada pengajaran kepada kaum wanita, especially untuk isteri dan bakal isteri. Filem ini juga menyaksikan kemunculan semula Ahmad Idham sebagai pelakon utama filem setelah 13 tahum menyepi dalam bidang filem tanah air. Overall cerita ni best, jalan cerita pun bagus, tapi ada sesetengah dialog dalam filem ni yang tak best, pastu xda chemistry antara watak Wadi (Ahmad Idham) dengan Ku Khalira (Amy Mastura). Tapi pelakon kanak2 dalam filem ni, Erynne Erynna yang memegang watak sebagai Aiza, anak tunggal Wadi dan Ku Khalira berjaya memegang watak dengan baik sekali, especially part Aiza kena rasuk kat katil dorm sekolah tu, mmg effect dia bagus sangat. Budak ni pun comel, suka tgk muka dia...hahahhaa. Erynne pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (kalau sy tak silap) dan pernah membintangi filem lain antaranya Congkak dan Cinta.

Erynne Erynna, pelakon utama Damping Malam
Pendek kata, jalan cerita ni mmg unexpected, dan mesej di akhir filem tersebut cukup jelas buat para wanita yang telah bergelar isteri. Kalau ye pun sorg2, janganlah melampaui batas sehingga berjumpa dengan bomoh untuk mengambil pendamping semata-mata untuk menemani korg. Benda tu tak elok, last2 terkena balik kat korg. At least jumpalah kaunselor ke, tak pun duk bincang elok2 ngan suami korg. Yelah korg pun dah disatukan dalam sebuah ikatan cinta yang suci, takkan takut nak bincang ngan suami kan. Hah, so di akhir kata ni, jangan buat benda yang bukan2, nanti yang bukan2 akan terjadi kat korg. 

Wah, tulis entri kali ni kan, rasanya nak tgk lah smua filem seram Malaysia. Balik2 filem seram antarabangsa je, tapi filem seram tempatan ada ke org nak sokong??? Memang tidak dinafikan filem seram antarabangsa contohnya filem seram Barat, Korea, Jepun, Indonesia dan Thailand best gile2 nak tgk, tapi filem seram Malaysia pun okie ape. Sbgi contoh, kita ada filem pasal saka (Jangan Pandang Belakang - kalau aku tak silap), pendamping (filem ni), pasal congkak berhantu (filem Congkak - congkak tu tak berhantu, tpi ada hantu kat umah yang mana hantu tu main congkak), pasal toyol (Janin) dan macam2 lagi. Filem Barat ada ke saka??? Dorg sebut pun bunyi macam 'sucker'...hahahhahahaa. So untuk mempromosikan lagi filem seram Malaysia, dan filem tempatan secara amnya, ramai2 kita saksikan filem Khurafat arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam, di mana Syamsul juga akan berlakon dalam filem tersebut dan dibintangi oleh si comel Liyana Jasmay. Pergh, teringat lagi tym filem Histeria lakonan Liyana dulu main kat DTSP, dia duduk row sebelah aku, dahlah satu baris...argghhhh. Teringin nak jumpa dia lagi. Rasanya dia mmg sesuai membintangi filem seram, cuma kalau boleh nak tgk dia berlakon genre filem lain sbgi contoh aksi (rasanya dia ada berlakon kot), filem komedi, dan lain2. Aku ni pun tak update sangat pasal filem tempatan, cuma baru2 ni timbul semangat patriotik dalam diri. Tulah nak tgk bagai gila smua filem seram Malaysia, filem dulu2 pun nak tgk...hahahaa. Last word, SAKSIKAN KHURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN di pawagam, 13 Januari 2011.

Khurafat - Perjanjian Syaitan