Wednesday, 9 March 2011

|last exam|

Yeah, as of today, sy ada tinggal lagi 1 quiz, 1 test, dan 2 assignment yang menunggu...hahahahaaa. Gembira beb, sebab beban dah makin kurang, so boleh lh kan relaks2 pasni. OOPSSS, sy silap, hari ni draf kuning dah tmpl kat notis board skul aku. Meaning, exam dah nak dekat dah. Aduh...fikir pasal exam ni, aku sedih sgt, sebab ni merupakan last exam sblm grad dari USM. Nak kata gembira, sedih ada...nak kata sedih, fikiran ni bercelaru...haishhh. Aku tak tau lah apa yg aku nak buat lepas ni...fikiran dah bercelaru ni. Smpi tak tau apa nak tulis dlm entri kali ni...tapi walau mcmn pun, kita kena percaya dgn diri kita, walau apa pun yg kita buat lepas ni, semua ada baik buruknya kan. Yezzzaaa...

Daripada fikir apa yang kita nak buat kemudian, better fikir sekarang kan. Omputih kata, "The Power of Now"...bukan The Power of Three mcm dlm cerita Charmed tu. Maksudnya, kita kena fokus dgn masa kita sekarang daripada kita menggelabah tentang masa depan. Memang patut kita kena fikir tentang masa depan, tapi kita kena fikir juga apa yg kita nak buat sekarang, because the choice we made today determine who we are tomorrow...weyh, aku dah boleh jadi penceramah dah...hahahhaha. So daripada buang masa buat kerja tak berfaedah, better kita buat sesuatu yang berfaedah sekarang supaya hidup terjamin di masa hadapan...kan3!!!

So, tym2 nak dekat exam ni lah, cpt2 habiskan assignment yang blum di hantar, buat tutorial spya senang nak buat revision, dapatkan past year questions supaya senang nak spot soalan ngan buat latihan sekali. Pastu kerja2 tertunggak dalam persatuan atau mana2 kerja ko-k lain yang belum dibuat, kenalah buat cepat spya nnt senang junior2 kita kan. Nnt bagi tinggal kerja setengah jln, org lain marah pula, kata si ini tak buat kerja dia, so jgn bagi kerja kat dia...habis aku. So aku ada lagi smpi 20 April nak siapkan kerja dan revise, sebab paper aku first hari tu. Doa2kan aku ekkhhh...

Hmmm, rasanya ni je apa yang nak diluahkan dalam entri kali ni. Harap siapa yang baca ni, lepas ni korg cpt2lah rushing nak buat semua kerja okie...chiaow!!!

p/s: Charmed dah tgk smpi Season 4, tapi kena stop sementara sebab external hampir penuh :-{(

Legend: :-{( <-- Orang ni tgh pakai misai dan tengah sedih, tu yang buat muka camtu...hehehhe

Friday, 4 March 2011

|nak smbg study ke tak???|

Selalunya bunyi2 yang akan kedengaran tym2 pagi buta mcm ni adalah bunyi org berdengkur, bunyi org ckp sorg2 dlm tidur, tak pun bunyi org jatuh dari katil and then buat2 tak tau, trus tdo balik. Saya??? Bunyi lagu jazz, hentakan keyboard yang menaip ayat satu persatu ke kaca skrin yang tertera ini dan bunyi aircond yang berkumandang. Kenapa??? Hah, ni ada kaitan dengan tajuk entri kali ni.

Sblm nak cerita ni, sy nak ucapkan tahniah lah kepada semua yang terlibat dlm menjayakan Temasya Olahraga Tahunan ke-37 (TOT 37), Universiti Sains Malaysia yang telah diadakan pada 25-27 Februari lalu. Thanks God, smua brjln lancar, wlupun ada yg slack sdkit tu, xpa lah, yg pntg kerja ttp jln kan. Paling best tym TOT kali ni, aku menjadi batu api yang mengapi-apikan kumpulan sorak kat stadium tu, smpi dorg smua sepakat nak 'bako' aku...hahahahaaa...alah bukan slalu kan kita dpt main2 ngan cheerleaders2 ni, btul x??? Tarian Soley-soley ku jga tlh mendapat sorakan terhangat, selain tarian Nobody2 daripada seorang jantan yg juga merupakan ahli kumpulan sorak CG, lupa dh nama dia. Anyway, TOT ni mmg best lah kali ni, lagi best dari tahun lepas kot...sbb org2 dia best thn ni, hehehehee. 

Banner TOT-37

Okie, dah cukup pasal TOT, meh crita pasal entri kali ni. Cenggini, aku tlah diupah oleh seorg senior ku yg merupakan seorang pelajar Master dalam bidang Mathematic kat USM ni. Dia ada thesis@dissertation (apa beza dua ni???) yang perlu dihantar cepat. The prob is dia x yakin sgt lah ngan BI dia kan, so dia upahlah aku tuk edit mn2 ayat BI dia yang tunggang langgang mcm lembu lari keluar kandang kan. Ubah punya ubah, tetiba timbul perasan tuk buat thesis sendiri pla, dlm erti kata lain, nak buat Master lah kat USM. Tapi mslhnya aku btul2 pasti ke nak buat master??? Kalau pasti, adakah USM satu pilihan universiti yang sesuai sekali ataupun bergantung kepada course master yang aku nak buat??? Dilemma beb...sgt dilemma...

Mmg sblm ni ada terfikir nak buat smbg pengajian, tapi tak tau lah ready ke tak kan. Edit thesis senior pun dah membuatkan diriku stay up pagi2 buta di kala warga USM sedang recharge tenaga atas katil, apatah lagi menulis thesis nukilan idea kita sndri kan. Terpinga2 aku nak edit thesis ni, mmg aku tak fhm, byk term2 yg aku kena bljr, dan aku tak tau lah aku berminat ke tak, sbb perasan minat ni main sorok2 ngan aku pla, now u feel, now u don't feel, kiranya mcm tu lah.

Kalau x nak sambung pengajian pun, boleh gak, cari kerja trus, support family kan. Yg ni pun satu dilemma gak...septtnya kan tym2 dah habis pengajian ni, dan tak lama lagi akan bergelar graduan USM APEX (cehhh...), senior mcm aku ni (baru prasan ekh senior, pffttt) dh fikir dh hala tuju hidup dia nak mcmn: nak keja yg mcmn, nak rumah yg mcmn, keta mcmn, isteri mcmn, anak berapa...yg aku ni, masih mencari hala tuju ni, nak jadi penyanyi pun skadar part tym singer je, tu pun 'masuk kerja' sekali sebulan, tak pun kalau ada kwn belanja, bukan kena byr gaji pun, kita yg byr gaji org, ye tak??? Haruslah cari keja yg elok ckit kan, spya senang di kemudian hari. Eh eh, aku dh lari tajuk lah.........

Balik pada master ni, okie, aku kena fikir masak2 jg pasal nak buat benda ni, sbb pasal duit nak bayar itu ini, tu satu reason. Yg kedua, kemampuan diri ni, fizikal, mental, OTAK, etc...tpi yg penting skali niat, kalau sekadar main2 je, better xyah kan, trus cari keja...kalau boleh cari dlu kat Penang, kalau xde, balik Sabah kot, cari sna. Then the third one, kita rela ke nak korbankan everything demi mengejar segulung lagi ijazah??? Kalau dah tym buat degree pun hubungan ngan family dh jarang cntct sgt, apatah lagi kalau buat master kan??? Bila balik Sabah je family sndri tnya, "Ko sapa???"...wehhhh, melampau dah imaginasi aku, family aku syg aku okie...

Okie, sini aku nak list down kan course yang aku nak buat kat USM, kalau tercapai lah hasrat aku ni...dan harap2 course tu ada kat USM (mmg ada pun):
  • Mathematic (hey mestilah ni pilihan pertama di hati, dah course aku kat USM kan, tpi dlm bidang apa...hmmm, Operation Research kot...sebab aku rasa ku excel benda ni, wlupun aku ni Pure dan subjek ni App.)
  • Education (tetiba ada calling nak jadi cikgu)
  • Multimedia sumthing2 (ni course PTPM ni)
  • Arkeologi kot (dah aku suka buka cerita lama2, dgr lagu lama2, apa slhnya cari benda yg dah lama kan...hahahhaha)
Course kat atas ni, tak bermaksud aku nak buat smua...mn2 yg berkenan je aku akan ambik, yg len2 tu just pengetahuan am je. Gila ko nak buat smua, ko mampu???

Okielah aku nak kena siapkan thesis ni, eh eh, edit thesis (tpi dh mcm aku yg buat...seriously!!!), nnt kang tak halal duit seratus yg senior aku bg tu...wlupun seratus je, tapi tu dh dikira gaji tau, so kenalah buat keja elok2 kan, nnt future boss mrh kang, last2 ko keja lah part tym kat pusat karaoke tu nnt.

Chiao...

p/s: Thesis senior aku ni pasal the effect of vegetation shift in relation with climate change on mangrove-hammock ecosystem...ko ada idea ke tak??? Huhhuhuhhuuu...

Sunday, 27 February 2011

|PRK, MPP & MCM2|

Hah, minggu ni merupakan hari mengundi untuk calon MPP USM sidang 2011/2012. Berbanding tahun lepas, pemilihan kali ini bermula lewat sebab kalendar akademik kan dah ubah, so semua pun kenalah lambatkan. Bagi saya kalau berbanding ngan tahun lepas, tahun ni kempen agak sengit sebab banyak sangat skul yang bertanding untuk masuk MPP,  berbanding tahun lepas di mana agak banyak pula skul yang menang tanpa bertanding. Bagi saya ini adalah sesuatu yang positif di mana bilangan calon yang banyak menunjukkan bahawa ramai mahasiswa mempunyai kesedaran untuk memperbaiki keadaan semasa kampus dan membela diri serta menjaga kebajikan mahasiswa kampus secara amnya. Tapi harus diingatkan bahawa bilangan calon yang ramai pun tak semestinya menunjukkan bahawa ramai mahasiswa berpandangan seperti di atas. Mungkin ada yang dipaksa masuk MPP, mungkin ada juga yang ingin meraih populariti. Tapi walau bagaimanapun, itu adalah keputusan dorg kan, kita sebagai pemerhati dari jauh hanya mampu menilai berasaskan bukti dan fakta yang kukuh, ataupun sekadar cakap2 kosong je.

Tanggal 21 Februari 2011 yang lalu menyaksikan Aspirasi USM membolot 24 kerusi yang dipertandingkan, Pro-M pula membolot 13 kerusi, manakala bebas menang satu. Tapi dgr kata, salah seorang calon MPP skul IK buat bantahan terhadap calon bebas tersebut, Bayang Uding, atas dasar bahawa undian tersebut tidak betul. So kalau benar, calon MPP Farhana akan naik jadi MPP, dan bukannya Bayang. Ape2 je lah, yang penting bila dah diberi jawatan dan tugas, maka harus dilaksanakan tugas itu sesuai dengan jawatan yang dijawat. Harap tak bersifat perkauman ekh. 

Kerusi umum pula telah dimenangi oleh 3 calon Aspirasi dan 3 calon Pro-M. Tapi ramai yang terkejut pabila Fatin, seorang mahasiswa tahun satu yang bertanding untuk kerusi umum kali ini, meraih undian yang tertinggi, sekaligus mencetuskan kontroversi adakah beliau akan dilantik sebagai YDP MPP USM 2011/2012. Ramai yang mengatakan pemilihan itu bergantung dalam mesyuarat untuk menetapkan tugas serta jawatan baru MPP USM 2011/2012. So harap2 apa2 pun keputusan yang dibuat, semoga ahli MPP sekalian bijak membuat keputusan memilih siapakah YDP berketrampilan yang boleh memimpin MPP USM kali ini. Dan diharapkan juga agar YDP tersebut bijak dalam mengatur segala langkah pemikiran yang dibuat agar bersesuaian dengan hala tuju universiti serta mahasiswa kampus secara amnya. 

Senario luar USM pula menceritakan hal yang berlainan pula. Daripada 13 universiti yang mengadakan pemilihan MPP pada 21 Februari lalu, 8 daripada universiti tersebut telah dikuasai oleh Pro-M, sekaligus mencetuskan kebimbangan adakah senario politik mahasiswa akan bersangkut-paut dengan senario pilihanraya umum negara pada tahun hadapan. Hal ini kerana Pro-M (Pro-Mahasiswa) lebih sinonim ke arah parti pembangkang (DAP, PKR) manakala Aspirasi pula lebih dikaitkan dengan parti pemerintah kerajaan pusat (UMNO, BN). Jika beginilah keadaan politik mahasiswa dalam universiti sekarang, pastinya pihak pembangkang tidak akan melepaskan peluang untuk meraih setiap peluang yang ada bagi memastikan bahawa kemenangan berpihak di tangan mereka. 

Universiti yang dikuasai oleh Pro-M pada tanggal 21 Februari lalu adalah:

  1. UM
  2. UKM
  3. UPSI
  4. USIM
  5. UMS
  6. UMS cawangan Labuan
  7. USM Kubang Kerian
  8. UMK
Sampai setakat ni je data yang saya ada sekarang. Dengar cerita Pro-M nak sangat menang USM, betul ke??? Tujuan dorg mungkin kerana ingin menggunakan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau lebih dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa sebagai tujuan untuk mereka memansuhkan AUKU. Apatah lagi kemenangan Pro-M ke atas USM bermakna kemenangan ke atas Apex USM, universiti pertama yang dinobatkan sebagai universiti kecemerlangan negara. DPP saya lihat sebagai satu medium yang bagus untuk menyuarakan pendapat atau usul ke peringkat yang lebih tinggi lagi melepasi Naib Canselor USM sendiri, yakni terus ke peringkat menteri. Malah, rangka DPP juga telah diserapkan ke dalam beberapa universiti2 yang lain, malah turut menjadi ikutan negeri2 lain, dan diimplementasikan dalam politik negeri tersebut. So, tak hairan lah kan kalau dorg nak sangat menang. 

Tapi apa2 pun, dengan kuasa yang diberikan, haruslah menggalas satu tanggungjawab yang sangat besar. Persoalannya kini, mampukah MPP USM 2011/2012 menggalas bebanan tersebut??? Tunggu dan saksikan je lah...

Thursday, 17 February 2011

|Welcome to the World|

Yeah, pada 11 Februari, yakni 3 hari sebelum Valentine's Day lah, salah satu keajaiban dunia telah berlaku. Lokasi: kampung ku di Papar, Sabah. Kakak ku, Jessica Edwin, telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat seberat 3kg. Dan aku telah menjadi uncle buat kali yang entah ke berapa aku sendiri pun tak tau, sebab aku ada anak buah yang lagi tua dari aku, true story!!! Akan tetapi sedihnya aku berada di Penang lah ketika itu, lalu tidak dapat menyaksikan bayi lelaki itu lahir ke dunia. Akan tetapi, mujurlah dengan kecanggihan teknologi dunia pada masa kini, camera dan Facebook/Internet, maka dapatlah aku menyaksikan bayi lelaki itu, walaupun secara maya. Dan inilah beliau:


Yeah, dapatlah aku menyaksikan bayi lelaki ini. Nama: itu akan ditentukan kemudian oleh kakak ku. Apa2 pun aku akan menyayangi penuh anak ini, seperti dia adalah anak ku...wah ayat, gtu. Ajaib kan, betapa indahnya kuasa Tuhan.

Oh lagi satu, janggan lah menganggap beliau lahir complete dengan baju dan blanket. Semua itu disediakan lah setelah beliau lahir.

Okielah, tu je untuk entry kali ni, walaupun entry ni sepatutnya dibuat setelah beliau lahir dan bukan seminggu selepas beliau lahir. Tapi takpe, asalkan beliau lahir...yeah!!!

Happy Valentine's Day all!!!

P/S: Beliau lahir exatly 8 bulan sebelum tarikh perkahwinan kakak ku, 11 Oktober.

Sunday, 6 February 2011

|TV Series|

Lama gak tak update blog, rasanya dah bersawang dah blog ni. Sori pada yang setia membaca blog ni, cehh, mcm lah follower aku banyak kan. 

Okie sebelum aku nak cerita apa yg aku nak cerita, meh aku bg tunjuk gmbr2 dlu:




Pernah tak tgk 3 TV series ni??? For sure aku mmg pernah tgk Charmed ngan Friends, but ironically, Buffy tak pernah lagi, even smpi skrg pun tak pernah tgk satu episod Buffy. Apa kaitannya dengan en3 kali ni??? 

Hah, tu yg aku nak habaq kat cni. Tym holiday ni lah, satu idea menjelma bgikan lampu yang menyala dalam otak ku: 

DOWNLOAD TV SERIES KAT ATAS NI, FULL SEASON, LENGKAP DENGAN SUBTITLE!!! 

Wah, motiff aku nak tulis dlm capital letter: peringatan yang aku nak download semua season - Buffy the Vampire Slayer (7 seasons, 144 episodes), Charmed (8 seasons, 178 episodes), ngan Friends (10 seasons, 236 episodes). So for the next few months, aku nak download season by season, meaning to say, download season 1 Buffy dlu, then season 1 Charmed, then baru season 1 Friends, which I already did, minus two episodes. Lepas dah download semua season 1 3 TV series ni, baru aku download season 2 plak, and so on. Then, when the time is right baru lah enjoy tgk semua TV series ni. Phewww, when that day come, aku kena ambik aspirin bnyk...yelah duduk mengadap laptop/PC lama2, pening kepala pun lama2 gak...hehehe.

Okie, masa untuk sesi soal jawab, (angan2 di interview oleh Berita Kampus... :P):

Soalan: Kenapa pilih TV series kat atas ni???
Jawapan: Buffy: tak pernah tgk Buffy, falls within my favorite genre(s) (action, supernatural, fiction, horror), included in many 'best of' lists (tgk Wikipedia). Charmed: I grow up with Charmed. Love the actresses, the plot line, and the powers is amazing!!! Friends: THE BEST SHOW EVER!!! A WORLDWIDE CULTURAL PHENOMENON!!! Next!!!

Soalan: Adakah anda mempunyai masa untuk menonton semua TV series ini???
Jawapan: Oh sudah tentu ya!!! Tapi harus diingatkan bahawa proses men'download' semua episod (combined episodes: 558!!!) tidak akan mengganggu proses akademik saya, malah itu akan dijadikan sebagai satu motivasi untuk belajar. Everytime that I do great academically, I will download a few episodes and updated them. 

Soalan: Adakah ini bermakna anda tidak akan menumpukan perhatian terhadap Gossip Girl, Glee, The Vampire Diaries dan HIMYM???
Jawapan: Oh tidak, sama sekali tidak. Dimaklumkan, bahawa saya akan sentiasa update kesemua cerita tersebut. Dalam proses men'download' dan meng'update' episodes dan seasons, ini merupakan proses yang baik untuk melatih tubuh dan minda bagaimana untuk mengurus masa dengan baik sekali. (apakah!!!)

Soalan: Adakah anda merasakan ini merupakan satu kerja yang gila dan sia2???
Jawapan: Gila??? Oh sama sekali tidak. Apa salahnya kita buat semua ni semata2 untuk hobi dan pleasure kita kan, lagipun ada banyak lagi orang lain yang buat kerja gila kat luar sana (artis sgt, tpi jawapan hampeh). Lagi satu, kerja ni akan menjadi sia2 kalau kita stop pertengahan jalan, which would be impossible sebab lepas dah download satu episod, mesti kita nak tgk apa yg terjadi seterusnya kan, so mustahil untuk kita berhenti men'download' semua episod, Mustahil. Mustahil!!!

*\_/*

Tapi masalahnya, ruang kat external aku tak cukup. Let's do some calculation okie.

Buffy ada 144 episod dengan size 350MB per episod (actually hampir 400MB!!!). So that means lepas tmbh darab semua, that would contribute to an allocation of 50,400MB @ 49GB dlm external aku!!! Baru 350MB, lets try 400MB plak. Kira punya kira, kita dapat 57,600MB = 56.25GB. OMG, belum masuk Friends, which is 176MB x 236 episod = 40GB+. Campur Charmed plak, lets say 350MB x 178 episod = 60.84GB. Combined size = 157.09GB, which is more than half of my external's storage space. So skrg ni aku ada dua option:
  1. Delete movies and other TV series yang tak best, to make more storage space.
  2. Beli external baru khas untuk TV series je.
Ni je option yang aku dpt fikirkan. Nak masuk dlm laptop, laptop rosak plak, so option untuk simpan dlm laptop mmg cancel lah. Tapi even aku delete movies pun, which is a total of 127GB, mmg tak ckup ruang lagi untuk simpan semua season, sebab aku ada extra 30GB lg. So kiranya aku kena bli yang baru lh kan... oh God. Kluar lagi duit ungu bli itu ini. 

But for the love of Buffy, the Halliwell sisters and the Rachel Greene, nahhh, beli je lah. Tak rugi pun kan.

Cheers

p/s: As of this moment, aku dah selesai download first season, first episod of Buffy, Welcome to Hellmouth. Hehehheee...