Sunday, 16 January 2011

|review: Faster|


"After 10 years in prison, Driver (Dwayne Johnson) has a singular focus – to avenge the murder of his brother during the botched bank robbery that led to his imprisonment. Now a free man with a deadly to-do list in hand, he’s finally on his mission…but with two men on his trail – a veteran cop (Billy Bob Thornton) just days from retirement, and a young egocentric hitman (Oliver Jackson-­Cohen) with a flair for the art of killing and a newfound worthy opponent. The hunter is also the hunted. It’s a do or die race to the list’s finish as the mystery surrounding his brother’s murder deepens, and new details emerge along the way hinting that Driver’s list may be incomplete."

Kalau filem yang ada Dwayne 'The Rock' Johnson, SANGAT BEST, mcm filem ni, walaupun tak penuh dengan aksi, except for the part yang dorg kena kejar dengan polis in one of the flashback, scene Driver (Dwayne Johnson) pandu kereta mengundur tu SERIOUSLY best!!! Nak bljr pandu keta mcm tu...at least kalau ada roadblock boleh drive mengundur kan...hahahahhaaaa. Jalan cerita ni, ada certain part yg unexpected, and you can guess, filem ni ada 'dark atmosphere', sbb crita ni kan crita org nak balas dendam, so tym tgk ni, maybe akan ada kepala2 yang tergeleng2, tak pun ada yg x thn tgk crita ni sbb kejam sgt...tpi part2 komedi dia ada gak, wlupun ckit. Apa2 pun, memang tak rugi tgk sbb crita ni sgt best, dahlah pelakon pun best. So apa bintang nak bagi??? Bagi 4.5 lah, boleh??? Tak boleh bagi full 5/5 kang nnt ada yg ckp filem tu x best lak, so kena lh tolak 0.5 kan...hahahahahaa...apa2 pun again this movie is awesome, albeit that dark atmosphere it has. 

Tengok, jangan x tengok...

Chiawww...

p/s: Nak tgk Liyana Jasmay, owh man, nak tgk balik Khurafat lah...sah2 aku angau ngan LJ...huhuhuuuu

Bila lah dpt jumpa hang, Liyana???

Saturday, 15 January 2011

|review: Khurafat|


"Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Hal ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…"

"Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Hal ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati membunuh diri dengan mayatnya di atas katil. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya…perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi."

Filem ni merupakan filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam. Seriously, cerita ni mmg best. First tgk trailer Khurafat pun dah rasa gempak, mesti movie pun gempak. Dan ternyata btul sangkaan hati. Cerita ni mmg gila2 seram (sebab tgk sorg2, hahahahaha), sbb tgk dlm trailer tak banyak sgt scene hantu, yelah takkan nak bagi spoil cerita dlm trailer kan. Scene hantu dalam cerita ni mmg banyak, ditambah lagi dengan karakter Johan yang bekerja sebagai Pembantu Hospital di bilik bedah mayat mmg menambahkan lagi keseraman cerita ni. Hantu mmg ada dekat mana2 je, dan yang paling sy respect skali scene dalam van jenazah tym nak bawa mayat Anna balik ke kampung, bagi sy sangat tak expected. Mmg tak pernah tgk dalam scene filem seram Malaysia. Syamsul mmg btul2 kaji scene2 seram dalam kebanyakan filem seram Malaysia sebab dia nak bagi kelainan pada filem ni. Bagi saya, pembawaan karakter Syamsul sbgi Johan dan Liyana sebagai Aishah mmg berkesan. Sy suka tgk part Syamsul menangis, comel...hahahhaaa. Sampaikan mak dia bagi gelaran 'Hero Air Mata' kat dia sebab dia mudah menangis dalam filem. Liyana pula comel memakai tudung dalam filem ni. Ending filem ni sedih, tapi takkan nak bgtau mcmn kan, nnt spoil lah cerita ni. Tapi apa2 pun korg kena tgk Khurafat baru korg boleh nilai samada filem ni bagus ataupun tidak. Korg suka atau tak suka, yang penting bila kita tgk, kita sokong arena filem tempatan, right? So apa2 pun, bg yang blum tgk, pi lah tgk. Rugi tak tgk, sebab Liyana Jasmay ada...hahahhaaa. Actually tgk filem ni pun sbb satu, poster filem ni bg saya ada 'dark atmosphere', tambahan lagi suka tgk gambar Liyana menjerit. Yang kedua, sebab ada Liyana Jasmay...hehehee. Entri sebelum ni saya ada bgtau kan yang Liyana pernah duduk row seat sebelah aku tym tayangan filem Histeria kat DTSP dulu. Tu yg aku angau tgk dia ni...hahahhaaa. Okielah, cukup entri kali ni. Nnt kalau ada apa2 filem seram atau genre lain yang sy tgk, nnt sy bgtau.

Chiawww...

Thursday, 13 January 2011

|Damping Malam|


Sebenarnya dah lama dah nak buat entri pasal filem ni, tapi hari ni baru dpt idea cmna nak buat. Di sini tak perlu saya nak bgtau sinopsis filem ni sebab korg boleh tgk sndri apatah lagi dh bnyk blog buat sinopsis pasal cerita ni, korg Google sudah. Cuma nak bgtau apa yg sy fikirkan pasal filem ni. Tapi kalau korg nak tau jg sinopsis filem ni, ni link dia:


Filem ni agak berbeza dgn filem arahan Ahmad Idham sebelumnya, Jangan Tegur & Jangan Pandang Belakang. Ramai cakap filem arahan Ahmad Idham tak best, tapi bg sy filem ni bagus, sebab ada pengajaran kepada kaum wanita, especially untuk isteri dan bakal isteri. Filem ini juga menyaksikan kemunculan semula Ahmad Idham sebagai pelakon utama filem setelah 13 tahum menyepi dalam bidang filem tanah air. Overall cerita ni best, jalan cerita pun bagus, tapi ada sesetengah dialog dalam filem ni yang tak best, pastu xda chemistry antara watak Wadi (Ahmad Idham) dengan Ku Khalira (Amy Mastura). Tapi pelakon kanak2 dalam filem ni, Erynne Erynna yang memegang watak sebagai Aiza, anak tunggal Wadi dan Ku Khalira berjaya memegang watak dengan baik sekali, especially part Aiza kena rasuk kat katil dorm sekolah tu, mmg effect dia bagus sangat. Budak ni pun comel, suka tgk muka dia...hahahhaa. Erynne pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (kalau sy tak silap) dan pernah membintangi filem lain antaranya Congkak dan Cinta.

Erynne Erynna, pelakon utama Damping Malam
Pendek kata, jalan cerita ni mmg unexpected, dan mesej di akhir filem tersebut cukup jelas buat para wanita yang telah bergelar isteri. Kalau ye pun sorg2, janganlah melampaui batas sehingga berjumpa dengan bomoh untuk mengambil pendamping semata-mata untuk menemani korg. Benda tu tak elok, last2 terkena balik kat korg. At least jumpalah kaunselor ke, tak pun duk bincang elok2 ngan suami korg. Yelah korg pun dah disatukan dalam sebuah ikatan cinta yang suci, takkan takut nak bincang ngan suami kan. Hah, so di akhir kata ni, jangan buat benda yang bukan2, nanti yang bukan2 akan terjadi kat korg. 

Wah, tulis entri kali ni kan, rasanya nak tgk lah smua filem seram Malaysia. Balik2 filem seram antarabangsa je, tapi filem seram tempatan ada ke org nak sokong??? Memang tidak dinafikan filem seram antarabangsa contohnya filem seram Barat, Korea, Jepun, Indonesia dan Thailand best gile2 nak tgk, tapi filem seram Malaysia pun okie ape. Sbgi contoh, kita ada filem pasal saka (Jangan Pandang Belakang - kalau aku tak silap), pendamping (filem ni), pasal congkak berhantu (filem Congkak - congkak tu tak berhantu, tpi ada hantu kat umah yang mana hantu tu main congkak), pasal toyol (Janin) dan macam2 lagi. Filem Barat ada ke saka??? Dorg sebut pun bunyi macam 'sucker'...hahahhahahaa. So untuk mempromosikan lagi filem seram Malaysia, dan filem tempatan secara amnya, ramai2 kita saksikan filem Khurafat arahan Syamsul Yusof, anak kepada Datuk Yusof Haslam, di mana Syamsul juga akan berlakon dalam filem tersebut dan dibintangi oleh si comel Liyana Jasmay. Pergh, teringat lagi tym filem Histeria lakonan Liyana dulu main kat DTSP, dia duduk row sebelah aku, dahlah satu baris...argghhhh. Teringin nak jumpa dia lagi. Rasanya dia mmg sesuai membintangi filem seram, cuma kalau boleh nak tgk dia berlakon genre filem lain sbgi contoh aksi (rasanya dia ada berlakon kot), filem komedi, dan lain2. Aku ni pun tak update sangat pasal filem tempatan, cuma baru2 ni timbul semangat patriotik dalam diri. Tulah nak tgk bagai gila smua filem seram Malaysia, filem dulu2 pun nak tgk...hahahaa. Last word, SAKSIKAN KHURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN di pawagam, 13 Januari 2011.

Khurafat - Perjanjian Syaitan

Tuesday, 11 January 2011

|fasa 4: demam mengikut cara saya|

Hah, hari tu sy janji nak update blog untuk fasa 4 dalam demam ni, tpi tak sempat. Xpe lah, skrg dah ada masa nak update meh sy bgtau.

Fasa 4:

U bla bangun pagi rasa sihat sangat tpi lepas tu kita akan perasan sumthing. Bila cek balik rupanya kahak2/mukus2 yang bertakung tu, ya ampun, banyak gile. Kita nak buang pun, then kita tgk benda kuning hijau pekat tu rasa nak muntah. Tym ni lah nak minum air banyak2 nak bagi hilang benda tu, tak pun bagi cair supaya senang nak kluar. Tym ni u mmg rasa sihat sangat, cuma hidung u still tertarik2 lagi mukus tu. Left over daripada demam katanya. Tym ni fungsi tubuh adalah 100% normal, xda mslh untuk buat kerja. Overall, back in full strength lah katanya. Cuma pasal benda kuning hijau tu mengganggu sangat, bila kita batuk je, mesti dgr benda tu bertakung dlm tekak. Orang dgr pun dah rasa geli, apatah lagi nak lihat benda tu...yikes. Tapi kena ambil langkah berjaga2 juga tym ni, sebab berkemungkinan besar kita mungkin boleh sakit lagi, tapi probability tu kecil lah kan. Tapi apa2 pun kesihatan terjaga. Tu je.

Overall ni lah fasa terakhir dalam demam, x tau lah btul ke tak, tapi ni pemerhatian ke atas tubuh aku sndri...takkan nak cek fasa demam org lain pla kan. Ada sstgh orang tu kerap sakit sgt, ada pla sstgh tu jarang sgt demam. Tapi apa2 pun, kesihatan tetap penting, makan makanan yang berkhasiat, then kena senam selalu, yang ringan2 pun jadilah janji senam. Setiap kali saya balik dari kelas, mesti saya akan jalan kaki balik. MOTIF??? Sebab satu, jalan kaki merupakan salah satu bentuk senaman ringan, lagipun kalau terlintas di fikiran sy nak senam petang tu, at least sy dah panaskan badan dgn berjln kaki. Yg ke2: sebagai seorg pljr USM, sy ada tanggungjawab sy sndri dgn alam sekitar, so sbgi langkah untuk mengurangkan carbon footprint sy (korg cari dlm Internet maksudnya, tak larat den nak cari) saya akan berjalan kaki balik dari kelas. Sebab tu ada org kata badan sy nmpk fit, x tau lah betul ke x, tapi bdn sy mmg ada ciri2 bdn fit...hehehe. 

Okie lah, stakat ni je en3 kali ni...chiao!!!
p/s: teringin nak sambung pengajian dalam bidang Physical Education.

Friday, 7 January 2011

|demam mengikut cara saya|

Daripada meja Dr. Eduard Edwin, PhD Western Illinois University,


Wah, wah, wah, dah lama sy tak goyang punggung menghadap komputer menulis entri blog, busy bebenor lah katanya...hahhaaa. Okie kali ni nak cerita pasal demam...demam??? Kenapa demam??? Sebab sy baru je kebah sikit dari demam, baru sembuh sikit. Demam ni banyak fasa2 dia, samalah kalau kita nak buat something kan, takkan lah kita nak trus straight to the point kita boleh buat benda tu, kena ada sebelum dia juga. Memandangkan kat USM sekarang ni tgh ramai orang menderita penyakit demam berjangkit ni, sini saya nak cerita pasal fasa demam okie. Tapi sebelum tu apa maksud demam??? Ni merupakan maksud demam yang saya dah melayukan dari Wikipedia:

"Demam merupakan salah satu respon sistem imunisasi tubuh terhadap jangkitan virus ataupun bakteria dalam usaha meneutralkan jangkitan tersebut."

Fasa 1:

     Fasa ini merujuk kepada permulaan kita nak demam. Simptom2 termasuklah bangun pagi je, hidung macam tersumbat, pastu berair plak tu, geli geleman aku. Tapi tym ni badan masih berfungsi dengan baik lagi, cuma yg bikin choi tu sebab hidung tu, mengganggu pernafasan. Kalau kita tak nak tarik pun tak boleh, sebab kalau tak nak tarik mukus tu, dia akan jatuh macam air paip...yakkksss!!! (Tym tulis ni pun imagine sat benda ni, pastu meremang bulu satu badan, bergegar kegelian). Lepas tu tym petang tu plak, dia okie sikit, tapi pabila malam menjelma, haaa, tu lah bila saya kata, the real work begins. Maksudnya, benda tu akan menjadi semakin rancak, tym ni tekak dah start kering, gatal, dan sakit. Kalau ikut kamus badan saya kan, kekadang pabila tekak sakit, tapi hidung tak tersumbat, itu petanda esok pagi akan demam, tapi kadang2 tak selalu terjadi mengikut norma kedemaman badan saya ni; saya tau mcmn badan sy berfungsi, tu yg sy tulis camni. Tym nak tido tu, kekeringan tekak tu akan start menjalar ke bawah; tym ni kita baru stat nak cari ubat2 tahun lepas, tak pun minta ubat kawan. Tym ni lah baru stat nak cari kain2 buruk buat lap atau sembur mukus kluar...hahhahaha. Rasa lega bila dah sembur, tapi lepas tu ada balik, geram aku. Mata dah start berair dah, mata berkaca kalau saya, muka dah merah padam macam nak marah. Kadang2 suhu badan tym ni tak naik lagi, tapi esok pagi baru akan naik bagai nak gila. Kipas dalam bilik: confirm level 1@2 je, sejuk katanya.

Fasa 2:

     Fasa ini adalah fasa utama demam, sakit yang teramat sangat. Okie let me rephrase that, tak lah sakit sangat cuma rasa tak selesa. Badan confirm lemah, nak jalan pun tak larat, suara pun dah berubah menjadi seksi sengau (dalam kes ni: saya), hidung lagi tambah sumbatan, kena tarik banyak2. Pastu suhu badan naik, kalau kena angin sikit je, confirm akan menggigil mcm gempa bumi. Mata macam baru lepas menangis, tak pun mcm sentiasa menangis. Apa yang kita fikirkan satu je: nak tido. Nak rehat banyak2. Kalau kita batuk kan, kedengaran bunyi kahak dalam tekak, pastu ludah kluar; bila batuk je mesti rasa gatal sakit. Tym ni lah kita balik2 pegi tandas nak bersihkan hidung yang tersumbat. Nak belajar pun susah, takleh concentrate sebab fungsi badan tak berfungsi dengan baik. Bila hampir nak malam, benda ni akan jadi teruk, selera makan completely hilang, walau mcmn kita paksa diri kita nak makan, kita takleh nak habiskan makanan tersebut. Minum je yg kita larat, sebab tak guna banyak sangat pergerakan dan tenaga. Tym ni lah kita start nak tido awal. Tym sebelum sakit, amboi, bukan main lagi FB, chatting, tgk movie atau TV series smpi pukul 3, 4 pagi, kekadang tak tdo langsung. Bila start demam, insaf, dah bertaubat, telah kembali ke jalan yang benar, yakni tido sebelum pukul 1 pagi..hahhahaha. Sebab nak rehat banyak katanya, lepas kebah sambung balik kan...hahhaa. Sebab badan terlalu lemah, kita tido confirm tdo mati punya. Tapi tym ni lah tubuh kita reset semula suhu badan, dan proses penyembuhan bermula.

Fasa 3:

     Bila bangun pagi je kita akan rasa segar balik, dan kita notice yang suhu badan kita kembali normal, dan kita rasa sihat sikit. Tapi tym ni tubuh still lemah lagi, mata still berair, dan simptom utama fasa ni adalah deria bau tak berfungsi langsung!!! Serius sy katakan, kalau kita lapar pun, dan kita nak makan, kita xda selera langsung sebab kita tak bau makanan tu so mcmn kita nak rasa makanan tu kan. Deria rasa bersangkut-paut dengan deria bau, sebab tu lah tym kita sakit, atau hidung tersumbat kita takkan dapat rasa makanan yang kita makan. Dan awal2 pagi kita bangun, mcm ada something yang tersumbat kat tekak, then bila kita batuk, rupa2nya kahak, dahlah banyak lak tu, berair pekat, geliiiiiiiiii!!! Tapi xpe sebab fungsi badan kita dah berfungsi dengan normal tym ni, so kiranya offset lah benda tu kan. Cuma yang tak best tak dapat nak rasa makanan tu lah kan, tu yg choi sangat tu. Dalam fasa ni, sedikit demi sedikit kita akan gain semula kekuatan badan kita, so bila malam menjelma, kita boleh buat kerja2 yang tertangguh yang kita takleh buat tym demam. In other word, kita akan gain tenaga penuh badan kita bila malam menjelma dan dalam masa yang sama, mata kita takkan kembali berair lagi. Back in full power, ceh...saja nak bagi dramatik sikit kan. Overall fasa ni adalah fasa kebah demam, tapi sikit je kebahnya.


Ada fasa lagi sebenarnya tapi sy baru smpi fasa 3. Nanti esok saya akan update lagi...chiaw...