Tuesday, 21 December 2010

|result|


YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!! Merujuk kepada gambar di atas, lebih kurang bginilah ekspresi hati dan muka aku apabila result tlah kluar smlm. Sori x dpt nak update kelmarin sebab busy gila2 (yakni tidur lah itu), tapi walau mcmn pun, aku mmg happy gila2. Tak sangka selama ni usaha aku berbaloi, walau pun aku rasa aku lebih banyak surfing Internet drpd study. Tapi apa2 pun thanks be to God, sebab dpt jg aku LULUS semua subjek. Tapi grad tak tau lagi lah mcmn, yg tu kna tggu Jumaat ni baru tau. Kalau dapat C pun hantam je lah, asalkan LULUS.

RM 0.20 USM: Keputusan Penuh KP:
90012012****
CMM321 (P)
MSS302 (P)
WSC227 (P)
MAT251 (P)

Di atas merupakan SMS yang ku terima pada pkl 10:03 pagi kelmarin. Aku dapat je SMS ni, aku trus jerit LULUS smpi kawan sblh bilik aku trbangun...serius aku ckp. Yang menyahut 'seruan' aku pun ada gak...hahhahaa, yang ni sy kna minta maaf bebanyak kat budak2 IK tym tu, sbb kjutkan korg dari tdo...huhuhuuu. Mmg lega sangat lah dapat SMS ni, rasanya 20 sen yang USM caj tu pun rasa berbaloi sangat...hahahahaa. Tapi di kesempatan kita bergembira result kita smua pass, kena ingat jga dgn insan2 yang result dia tak okie sem ni. Apa2 pun aku ucapkan usaha lagi untuk insan2 tersebut, jgn jadikan result tersebut satu kegagalan, tapi sebaliknya satu butang pintu yang akan membawa korg untuk berusaha lebih gigih lagi. Orait...

***

Untuk hari ni pla, dipendekkan crita merupakan hari mendaftar kursus untuk sem 2, sidang akademik 10/11. Everything dah settle, tggl nak print slip lagi. Untuk sem kali ni, daftar 17 unit, tapi bla buat balik jadual untuk sem dpn, banyak kosong. Pack pun hari Isnin, especially 8.00 a.m. - 1.00 p.m., but any other day, ada yg kosong pagi ngan petang, ada yang kosong pagi nya, Jumaat pla 1 kelas je!!! Kan best camtu...hahhahahaa. Tapi yg tu pun tak masuk lab ngan tutorial...haiisshhh. Kacau daun btul lah...

Dan aku jga tlah menghabiskan RM 12.00 untuk membaiki tayar blakang motor Ikin yang tiubnya bocor. Aduh, skrg ni mmg ckit duit lah...rasanya x smpi 5 ringgit pun dlm dompet. Adeehhh, lapar gila seh, tapi kena tahan gak, anggap je lah aku puasa hari ni. Huhuhuuuu...

NAK DUIT!!! PTPTN CPT2 LAH MASUK!!!

Sunday, 19 December 2010

|risau|

Mak tolong!!! Xnak dpt P2!!!

Risau. Yep, risau. Itu yang aku fikirkan untuk result aku kali ni. Dalam masa beberapa jam lagi, aku akan mengetahui result aku. Aku tak nak fikir semua tu tapi bila memikirkan balik result sem lepas aku yang dpt P1, aku jadi berdebar. Fuh, aku siap komen lagi dlm facebook junior ngan kawan, ingatkan dorg pasal result. Aku risau kalau aku tak dapat lepas P1. Tak nak aku dapat P2...serius xnak!!! Sebab kalau dapat P2, alamatnya & CONFIRM lah jawabnya aku kena EXTEND. Issshhh, tak kuasa aku nak extend. Sebab kalau dapat P2, plan aku untuk next sem akan HANCUR habis!!! Aku dah plan dah nak ambil subjek apa, nak bagi cukup unit tuk grad. Aku nak grad cpt2, nak dpt kerja bagus. Pastu apa aku nak buat??? Terpulanglah...skrg ni aku nak fokus ngan sekarang. The Power of Now org Barat kata. Aku mmg gila lah skrg...hati tak tentu arah. Dah lah aku sorg2 skrg, sedih gile :(. Haissshhhhh...tapi walau mcmn pun result aku, aku terima, sbb itu usaha aku, walau mcmn pun perit nya result aku. Lagipun kalo aku dpt P2 pun (mintak2 tak kena), aku dah ada plan dah. Plan tu aku sndri yg tau, korg jgn sibuk nak tnya aku pula. Haishhh.

Ko ingat aku gile ke ape...hah!!!

Lebih kurang ginilah ekspresi muka aku skrg, tetap nampak cute walaupun muka aku bkn kucing. Muka bagai nak gila tapi tetap menawan bila org nmpk. Hahahhahaaa, aku pun dah sah2 gila skrg...nak sgt aku jerit puas2. Tapi kat mana??? Aku bukan boleh kluar jauh2 pun guna motor kwn...kang kena tangkap, tdo dlm lokap lah jwbnya. Aku bukan ada lesen pun, tpi suka merempit. Hahahhahahaha...gila aku. Haissshhh...


Apa2 pun aku ucapkan GOOD LUCK utk pelajar USM. Harap2 result korg gempak, dan aku harap result aku pun gempak. Okielah, aku trunkan ckit expectation aku; aku harap aku lulus. Tu je. Dan aku harap aku pun dpt status A, instead of P2. Sebabnya kalau aku dapat A, PTPTN aku akan masuk. Dan aku dapat melangsaikan yuran universiti. Xnak dah bergantung ngan mak ayah. Xnak minta pertolongan orang lain. Apa guna blajar tggi2 smpi masuk USM, tpi tak pandai nak belajar berdikari, btul kan? Mahasiswa/i skrg patut dah blajar erti kehidupan bla masuk u, bukan bla nak kerja nnt, baru terkial2 nak blajar mcmn nak basuh baju sndri. Teruk org mcm tu. Haisshhh...

Di akhir kata, melompat2 lah aku bla result smua lulus. Kalau dapat P2 pun, PASRAH lah jwbnya. Dah usaha ko sendiri nak menangis pla dah, duk sorg2 dlm blik pasang lagu syahdu, tu lagi truk aku rasa. 

At least kalau aku sedih pun, aku sedih mcm Puss in the Boot...dalam citer Shrek tu...hahahhaha...tetap menawan gile2...hhehehhee

Chiaooowwwww...

Friday, 17 December 2010

|kena tag, style surat|

Rujukan blog    : BLOG2010/TAG/001
Tarikh          : 17 DEC 2010

Blogger-blogger dalam list blogger ku,
Samada yang ikut atau pun aku ikuti,
Internet, different part of the world,
Earth.

Blogger/bloggist,

MAKLUMAN CONTEST GAMBAR PALING CHILL

Dengan segala blog-blognya perkara di atas adalah di postkan.

02.   Hahahaa...sebab dah lama tak buka blog ni, tak sedar pun kekasih gelap ku (hehe), Nazira Zainal Abidin (wow nama penuh!!!) telah menge'tag'ku untuk satu contest (wlupun tarikh tutup dah lepas) iaitu CONTEST GAMBAR PALING CHILL. Hahahahaaa, aku tak tau lah, tak kuasa sebenarnya nak buat benda ni, tapi dah kena tag, kena buat lah kan. Okie peraturan untuk pertandingan ni ialah:
  • Letakkan banner bawah ni kat blog korg.


  • Pastu jadi follower blog penganjur...hehehehe.
  • Jangan lupa tag TIGA @ 3 blogger untuk buat contest ni dan INFORMKAN dorg sekali. Hahahaa...
  • Sila bgtau karrer feberet anda...(perlu ke??? alah buat je lah)
03.   Gambar yang dipertandingkan...??? Heheheee...


04.   Aku boleh gelak dengan gambar kat atas ni...hahahhahahhaa. Kenapa aku pilih gambar atas??? Entahlah aku pun tak tau, ke aku tak tau maksud CHILL??? Hahhahahahaaa...dan warna bertuah ku??? OPCOS lah BIRU, MERAH, PUTIH (kenapa hitam lak font dia...hehehhe), HIJAU...walaupun jarang sangat aku pakai baju karrer2 tu...huhu.

05.   Siapakah blogger yang bertuah dan buat2 bertuah (merangkap kata2 kekasih gelap)??? Heheheee...

SYAHMI
DITH
IANA

06.   So korang kena lah buat kan...hahahahhahahaaa... Diakhir entri kali ni, saya mengucapkan selamat berjaya kepada yang kena tag kat atas tu untuk buat contest ni...hahahhahaa.

Good LUCK & sekian.

Dikarang oleh,



Eduard Edwin @ eddyedwin
Blogger eddyedwin.blogspot.com

(Buat dalam komputer, camna nak sign kan??? So blog ini tidak memerlukan tandatangan...hehehhe)

Thursday, 16 December 2010

Gym

Wah dah lama x goyang punggung menghadap blog aku ni. Busy bebenor katanya. Hahahhahaaa...apa2 pun tak nak berleter panjang, kita trus ke cerita ikut tajuk tu. GYM!!! Yes, saya dah start pegi gym. MOTIF??? Nak bagi fit badan, hahahahhaaa. Juga nak tambah stamina sekali. DI MANA??? Mana lagi kalau bukan Priority Fitness di Ivory Plaza.







Best x tgk gambar atas??? Dengan peralatan yang boleh dikatakan up-to-date (yeke???), sy memilih PF bukan sebab itu sahaja. Kat PF, u ada personal trainer dia sendiri, but at a different charge. Dorg jg jual nutritional supplement yang khas untuk menguruskan badan, menambahkan berat badan, membina otot2 bdn dan mcm2 lagi. Dorg gak ada kelas yoga, dancing, belly dancing...hehhee. Ramai gak awek2 dtg ctu, dan itu juga merupakan salah satu faktor sy dtg PF (dgn harapan dapat pancing satu...hahaa). Tapi faktor lain yang lebih penting adalah gym ni juga jaga kebersihan. Setiap masa pekerja dia akan bersihkan peralatan kat situ, dan gym member kena bawa tuala, untuk lap peluh yg jatuh atas mesin, spya orang lain selesa pakai mesin tu. Lagi satu dia ada shower dia sendiri, so sng nak bersihkan badan. Kalau tak nak bersenam pun, tmpt tu ada free Wi-Fi so gym member boleh on9 sambil cuci mata at the same time...hehehe. Sy pilih gym ni pun sebab dkt ngan RST, so xyah main jauh2.

Kalau nak banding ngan gym USM, sy xleh nak kata apa2, sebab sy sndri pun belum pernah masuk gym USM, tapi pasal nutritional supplement ngan personal trainer, aku rasa gym USM xda lah smua tu...hahahhahaaaaa. Tapi apa2 pun aku rasa selesa kat gym ni, entah kenapa. Dan saya kena datang juga, sebab gym ni eksklusif, which means kalau nak main kena bayar jadi member dlu baru dorg bnrkan main. Dia ada pakej jg: Standard, pelajar USM bwh 23 thn, Off-peak ngan weekend, serta tempoh masa tertentu seperti 3, 6, 9, dan 12 bulan. Oleh kerana faktor duit, sy pilih pakej Weekend selama 3 bulan, which means sy hny boleh main pada hari Jumaat-Ahad dan renew membership 3 bulan sekali. Tapi overall gym experience, SANGAT MEMUASKAN!!! Walaupun initially, sakit satu badan sebab 1st tym masuk dan main kan, so I think for the next week should be okie lah. Badan sakit pun kena main jg, kena biasakan diri ngan kesakitan tersebut...huhuu.

Anyway, that's the entry for this time. Apa2 pun nnt I cer yg baru punya story. Oraitttt!!!

Friday, 12 November 2010

Warna-warni dunia ku telah hilang

Akhirnya hari itu telah tiba. Hari di mana dunia ku yang penuh warna-warni telah menjadi kabur dan hilang serinya. Hilang segala keindahan dunia, ditelan 'jerebu' yang menusuk mata. Oh, aku sepi tanpamu. Tanpamu, aku tak sanggup mengharungi hidup penuh rintangan ini. Tak sanggup untuk aku menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada diri ini. Buat dirimu, ku ucapkan selamat tinggal, buat selama-lamanya.

IN LOVING MEMORY OF SPEK: 2009-2010

Spek

Oh Spek, engkau sentiasa memahami diriku, tapi bila aku menanyakan apa yang engkau mahukan, engkau membisu seribu bahasa. Engkau tidak pernah membuat aduan, tapi engkau akur pabila jari-jemari ku ingin membengkokkan tangan mu agar ia muat di muka ku. Engkau tidak kisah meredah hujan bersama ku ketika hujan lebat pagi tadi, demi menemankan ku untuk mendapatkan Teppanyaki Chicken Set yang perut ku idamkan. Aku tidak memakai mu, tetapi aku membiarkan engkau berehat. Tapi aku tidak menyangka bahawa itu adalah rehat terakhir buat mu, selama-lamanya. Engkau patah di jemari ku sendiri tika diri ini cuba untuk membersihkan mu. Cubaan menyambung tangan mu tidak berjaya; aku bukanlah doktor, hanya seorang ahli matematik sahaja. Maka engkau aku 'declare' telah tidak dapat berfungsi lagi. Wahai Spek, jika engkau melihat gambar ini daripada dunia Spek-takular di sebelah sana, tahulah engkau bahawa gambar ini merupakan badan mu Spek. Aku akan sentiasa ingat kenangan kita bersama, meredah peluh dan minyak muka ku, air hujan membasahi dirimu. Dan tahulah engkau bahawa aku akan mengebumikan dirimu di dalam pusara yang layak untuk mu, yakni tempat meletak spek. Akan aku kebumikan mu bersama-sama sampah yang lain di dalam tong sampah di luar, tapi jangan risau Spek. Memori indah kita akan sentiasa ku kenangi dan genangi. Terima kasih kerana perkhidmatan mu selama setahun lebih; cukup puas untuk aku katakan bahawa engkaulah spek yang terbaik untuk ku. Jasamu dikenang Spek. 

Selamat tinggal Spek. Tenanglah engkau di dunia sana, tanpa minyak-minyak di muka.

~Sentiasa Merinduimu, Eddy~