Friday, 17 December 2010

|kena tag, style surat|

Rujukan blog    : BLOG2010/TAG/001
Tarikh          : 17 DEC 2010

Blogger-blogger dalam list blogger ku,
Samada yang ikut atau pun aku ikuti,
Internet, different part of the world,
Earth.

Blogger/bloggist,

MAKLUMAN CONTEST GAMBAR PALING CHILL

Dengan segala blog-blognya perkara di atas adalah di postkan.

02.   Hahahaa...sebab dah lama tak buka blog ni, tak sedar pun kekasih gelap ku (hehe), Nazira Zainal Abidin (wow nama penuh!!!) telah menge'tag'ku untuk satu contest (wlupun tarikh tutup dah lepas) iaitu CONTEST GAMBAR PALING CHILL. Hahahahaaa, aku tak tau lah, tak kuasa sebenarnya nak buat benda ni, tapi dah kena tag, kena buat lah kan. Okie peraturan untuk pertandingan ni ialah:
  • Letakkan banner bawah ni kat blog korg.


  • Pastu jadi follower blog penganjur...hehehehe.
  • Jangan lupa tag TIGA @ 3 blogger untuk buat contest ni dan INFORMKAN dorg sekali. Hahahaa...
  • Sila bgtau karrer feberet anda...(perlu ke??? alah buat je lah)
03.   Gambar yang dipertandingkan...??? Heheheee...


04.   Aku boleh gelak dengan gambar kat atas ni...hahahhahahhaa. Kenapa aku pilih gambar atas??? Entahlah aku pun tak tau, ke aku tak tau maksud CHILL??? Hahhahahahaaa...dan warna bertuah ku??? OPCOS lah BIRU, MERAH, PUTIH (kenapa hitam lak font dia...hehehhe), HIJAU...walaupun jarang sangat aku pakai baju karrer2 tu...huhu.

05.   Siapakah blogger yang bertuah dan buat2 bertuah (merangkap kata2 kekasih gelap)??? Heheheee...

SYAHMI
DITH
IANA

06.   So korang kena lah buat kan...hahahahhahahaaa... Diakhir entri kali ni, saya mengucapkan selamat berjaya kepada yang kena tag kat atas tu untuk buat contest ni...hahahhahaa.

Good LUCK & sekian.

Dikarang oleh,



Eduard Edwin @ eddyedwin
Blogger eddyedwin.blogspot.com

(Buat dalam komputer, camna nak sign kan??? So blog ini tidak memerlukan tandatangan...hehehhe)

Thursday, 16 December 2010

Gym

Wah dah lama x goyang punggung menghadap blog aku ni. Busy bebenor katanya. Hahahhahaaa...apa2 pun tak nak berleter panjang, kita trus ke cerita ikut tajuk tu. GYM!!! Yes, saya dah start pegi gym. MOTIF??? Nak bagi fit badan, hahahahhaaa. Juga nak tambah stamina sekali. DI MANA??? Mana lagi kalau bukan Priority Fitness di Ivory Plaza.







Best x tgk gambar atas??? Dengan peralatan yang boleh dikatakan up-to-date (yeke???), sy memilih PF bukan sebab itu sahaja. Kat PF, u ada personal trainer dia sendiri, but at a different charge. Dorg jg jual nutritional supplement yang khas untuk menguruskan badan, menambahkan berat badan, membina otot2 bdn dan mcm2 lagi. Dorg gak ada kelas yoga, dancing, belly dancing...hehhee. Ramai gak awek2 dtg ctu, dan itu juga merupakan salah satu faktor sy dtg PF (dgn harapan dapat pancing satu...hahaa). Tapi faktor lain yang lebih penting adalah gym ni juga jaga kebersihan. Setiap masa pekerja dia akan bersihkan peralatan kat situ, dan gym member kena bawa tuala, untuk lap peluh yg jatuh atas mesin, spya orang lain selesa pakai mesin tu. Lagi satu dia ada shower dia sendiri, so sng nak bersihkan badan. Kalau tak nak bersenam pun, tmpt tu ada free Wi-Fi so gym member boleh on9 sambil cuci mata at the same time...hehehe. Sy pilih gym ni pun sebab dkt ngan RST, so xyah main jauh2.

Kalau nak banding ngan gym USM, sy xleh nak kata apa2, sebab sy sndri pun belum pernah masuk gym USM, tapi pasal nutritional supplement ngan personal trainer, aku rasa gym USM xda lah smua tu...hahahhahaaaaa. Tapi apa2 pun aku rasa selesa kat gym ni, entah kenapa. Dan saya kena datang juga, sebab gym ni eksklusif, which means kalau nak main kena bayar jadi member dlu baru dorg bnrkan main. Dia ada pakej jg: Standard, pelajar USM bwh 23 thn, Off-peak ngan weekend, serta tempoh masa tertentu seperti 3, 6, 9, dan 12 bulan. Oleh kerana faktor duit, sy pilih pakej Weekend selama 3 bulan, which means sy hny boleh main pada hari Jumaat-Ahad dan renew membership 3 bulan sekali. Tapi overall gym experience, SANGAT MEMUASKAN!!! Walaupun initially, sakit satu badan sebab 1st tym masuk dan main kan, so I think for the next week should be okie lah. Badan sakit pun kena main jg, kena biasakan diri ngan kesakitan tersebut...huhuu.

Anyway, that's the entry for this time. Apa2 pun nnt I cer yg baru punya story. Oraitttt!!!

Friday, 12 November 2010

Warna-warni dunia ku telah hilang

Akhirnya hari itu telah tiba. Hari di mana dunia ku yang penuh warna-warni telah menjadi kabur dan hilang serinya. Hilang segala keindahan dunia, ditelan 'jerebu' yang menusuk mata. Oh, aku sepi tanpamu. Tanpamu, aku tak sanggup mengharungi hidup penuh rintangan ini. Tak sanggup untuk aku menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku pada diri ini. Buat dirimu, ku ucapkan selamat tinggal, buat selama-lamanya.

IN LOVING MEMORY OF SPEK: 2009-2010

Spek

Oh Spek, engkau sentiasa memahami diriku, tapi bila aku menanyakan apa yang engkau mahukan, engkau membisu seribu bahasa. Engkau tidak pernah membuat aduan, tapi engkau akur pabila jari-jemari ku ingin membengkokkan tangan mu agar ia muat di muka ku. Engkau tidak kisah meredah hujan bersama ku ketika hujan lebat pagi tadi, demi menemankan ku untuk mendapatkan Teppanyaki Chicken Set yang perut ku idamkan. Aku tidak memakai mu, tetapi aku membiarkan engkau berehat. Tapi aku tidak menyangka bahawa itu adalah rehat terakhir buat mu, selama-lamanya. Engkau patah di jemari ku sendiri tika diri ini cuba untuk membersihkan mu. Cubaan menyambung tangan mu tidak berjaya; aku bukanlah doktor, hanya seorang ahli matematik sahaja. Maka engkau aku 'declare' telah tidak dapat berfungsi lagi. Wahai Spek, jika engkau melihat gambar ini daripada dunia Spek-takular di sebelah sana, tahulah engkau bahawa gambar ini merupakan badan mu Spek. Aku akan sentiasa ingat kenangan kita bersama, meredah peluh dan minyak muka ku, air hujan membasahi dirimu. Dan tahulah engkau bahawa aku akan mengebumikan dirimu di dalam pusara yang layak untuk mu, yakni tempat meletak spek. Akan aku kebumikan mu bersama-sama sampah yang lain di dalam tong sampah di luar, tapi jangan risau Spek. Memori indah kita akan sentiasa ku kenangi dan genangi. Terima kasih kerana perkhidmatan mu selama setahun lebih; cukup puas untuk aku katakan bahawa engkaulah spek yang terbaik untuk ku. Jasamu dikenang Spek. 

Selamat tinggal Spek. Tenanglah engkau di dunia sana, tanpa minyak-minyak di muka.

~Sentiasa Merinduimu, Eddy~

Monday, 8 November 2010

Coretan hati

Oh Tuhan, salahkah untuk saya meminta apa yang saya mahukan tetapi saya tahu saya tidak mampu? Salahkah untuk saya berangan memiliki apa yang orang lain miliki tapi tidak mungkin dapat? Adakah ini dugaan berpanjangan yang tidak mungkin selesai atau pun sekadar perasaan yang ingin memberontak, hati yang gundah gulana katanya, atau pun adakah sekadar peringatan bahawa kita semua harus bersyukur dengan apa yang ada? Perkataan itu seringkali dilaung-laungkan dari mulut orang, tetapi bak kata pepatah, "It is easier said than done". Betul, senang untuk diperkatakan tetapi untuk melakukan, ya Ampun, terus meroyan sana sini. Kenapa hati ini sering mahu memberontak, minta untuk dilepaskan, minta orang nak buka rantai dia, dibiarkan berjalan bagaikan seorang anak kecil? Oh Tuhan, bantu anak Mu ini Tuhan menjadi seorang yang lebih dewasa Tuhan, menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, sedar diri sendiri Tuhan, dan senantiasa berpijak di bumi yang nyata. Saya mencoret di sini kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, tiada orang yang saya kenal yang mampu mendengar segala isi hati saya, tiada teman yang saya boleh katakan sebagai kawan baik saya untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam selama ini. Hanya alam maya menjadi teman yang setia, dan beberapa pembaca blog lain di luar sana yang tidak mengenali anak muda yang menulis coretan ini, malah hanya mampu berasa geli dengan post kali ini.

Kenapa hati ini gundah gulana? Kenapa kali ini baru pertama kali ingin mencoretnya di sini? Bangun pagi tadi sahaja tetiba otak buat hal, terus memikirkan yang bukan-bukan, memikirkan masa depan yang tidak menentu, emosi tiba-tiba berkecamuk, hendak menangis pun ada, hendak marah pun ada, kecewa??? Tidak perlu cakap, sakitnya tidak terhingga. Lantas aku ingin mencoret semua yang terpendam di sini.

Mengapa diri ini cemburu melihat rakan-rakan lain gembira? Saya tahu, mungkin ada diantara teman-teman ku yang lain melihat ku sebagai seorang lelaki yang selalu happy-go-lucky, selalu ketawa, buat lawak, walaupun tak seberapa. Tapi dalam hati ini Tuhan sahaja yang tahu; dalam hati ini gundah gulana, berkecamuk senantiasa, banyak masalah yang tidak selesai, sentiasa berasa risau, dan semua itu pasal hidup. Mengapa perlu saya cemburu? Mengapa perlu melihat rakan-rakan lain mempunyai semua yang dimiliki sedangkan saya hanya mampu menyentuh, akan tetapi tidak mungkin buat selama-lamanya. Mempunyai wang yang banyak, mampu memiliki segala-galanya, apa yang perlu dibuat hanyalah minta restu mak ayah untuk membeli semua benda tersebut. Petik jari sahaja, benda itu ada didepan mata. Sakit hati dengan itu semua, terkilan rasanya. Saya ingin menjadi seperti itu, seperti rakan ku, yang ku rasakan mempunyai semua yang dia mampu miliki. Maklumlah anak orang berada, sejauh mana berada nya, aku juga tidak tahu. Aku tidak kisah, asalkan mempunyai wang banyak sahaja sudah cukup. Ingin dimanjakan oleh mak ayah, tapi kalau mak ayah tidak mampu, hendak meminta tempat siapa? Hanya mampu meminjam sahaja, tidak kurang pun memandang dari jauh.

Walau bagaimanapun sakit hatinya perasaan tersebut, saya tetap berkata dalam hati, saya mampu miliki itu semua, mampu untuk membeli itu semua, cuma masa sekarang tidak mengizinkan untuk itu semua. Saya tidak perlu ada keinginan untuk semua benda itu sekarang. Apa yang ada, cukuplah sekarang, tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk dengan orang lain bahawa saya seorang yang sangat berada orangnya. Cukup dengan apa yang ada pada keperluan sekarang; walaupun hati ini masih sakit untuk menanggungnya, masih cuba untuk melepaskannya, tetapi saya pasti saya mampu untuk mengawal perasaan. Pasal wang, tidak perlu saya mempunyainya dalam kuantiti yang banyak sekarang. Sekadar cukup untuk makan, membeli barang keperluan lain yang dirasakan sesuai sahaja. Saya cuba belajar untuk mengurus kewangan sekarang, supaya kelak nanti tidak perlu risau di hari senja. Cuba belajar untuk mengawal nafsu, agar nafsu tidak mengikis wang yang ada sekarang. Moga-moga ini semua membantu saya untuk matang dalam pengurusan kewangan, dan akhirnya pengurusan hidup. Oh Tuhan, Engkau bantu anak Mu ini Tuhan agar aku sentiasa berfikiran matang, terutama sekali dalam pengurusan kewangan yang berhemah. Amen.

Mengapa hati ini resah, bila difikirkan diri ini tidak mempunyai ramai teman? Mengapa hati ini sakit hati pabila diri ini hanya mampu duduk dalam bilik seorang, sedangkan teman yang lain di luar sana mampu berjoli di sana sini? Mampu untuk mendapatkan kehidupan sosial yang diinginkan? Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan ini. Adakah saya seorang insan yang tidak mempunyai 'ong'? Tidak mempunyai karisma, seperti mana yang dimiliki oleh rakan ku yang satu ini? Tidak perlu memetik jari, orang lain berebut untuk mengenali beliau, berebut untuk menjadi rakan beliau. Dia hanya perlu duduk diam sahaja, dan secara automatik orang akan mengenali beliau, lantas melambai ke arah beliau, lalu mengucapkan salam kepadanya. Saya ingin menjadi seperti itu, ingin dikenali orang, ingin dilambai oleh orang, ingin ditanyakan salam, walaupun saya tidak mengenali orang tersebut. Rakan ku ini bukanlah seorang artis, malah beliau tidak memilih bidang seni sebagai kerjaya hidup, hanya kerjaya di atas pelantar minyak sahaja. Itu pun saya tidak pasti adakah beliau akan hidup di atas pelantar minyak atau pun bekerja di dalam sebuah syarikat, mungkin sahaja memegang jawatan tinggi kerana berkarisma tinggi. Beliau boleh diibaratkan seperti "di mana ada gula, di situ ada semut". Akan tetapi "gula" yang beliau ada itu merupakan karisma, 'ong' kata orang, pabila di bawa kemana-mana sahaja pasti senang. Orang lain mudah bergaul dengan beliau; itu juga apa yang saya impikan selama ini, agar pabila terjumpa di mana-mana sahaja, lantas orang terus memberi salam dan mengajak ku bergaul. Ini tidak; setiap kali aku berkata, pasti dipotong rakan, kalau tidak pun mereka tidak mendengar kata-kata ku. Aku juga gugup orangnya, tidak senang untuk aku berkata-kata dengan lancar. Aku terkilan, ya aku memang terkilan, Tapi apakan daya, mungkin kerana aku tidak berfikir sebelum berkata-kata, menyebabkan aku tergugup mengeluarkan bicara, atau suara dalam ku tidak didengari orang. Ingin menjaga suara katanya, atau mungkin juga suara ku tiada 'ong'. Mungkin coretan ini menunjukkan bahawa saya seorang yang ingin kepopularitian, ingin dikenali ramai, seperti artis katanya. Ya memang saya impikan itu semua, memang saya mahukan populariti, memang saya ingin menjadi seperti artis, walaupun saya tidak berkecimpung dalam arena seni. Ingin dikenali ramai, kerana itu semua membuatkan hatiku senang, walaupun tidak mempunyai banyak wang, akan tetapi jikalau diri ini dikenali ramai, lebih dari cukup buat ku, kerana kepopularitian bagiku adalah "wang" juga, akan tetapi wang sosial, bukan wang material.

Tapi bagaimana mungkin itu semua akan terjadi, jikalau rakan kerap melupakan aku, kerap menjauhkan diri dari ku? Atau adakah aku sendiri yang menjauhkan diri daripada mereka, kerana kesibukan menguruskan persatuan, kesibukan menganjurkan apa jua acara, kesibukan menguruskan akademik? Ya saya akui, saya juga kerap menjauhkan diri dari rakan, bukan kerana kesibukan penganjuran acara atau akademik, akan tetapi kadang kala aku merasakan bahawa dunia ini asing bagi ku, dunia ini tidak mahu aku berpijak di bumi yang nyata ini, lantas aku berangan aku mempunyai semua yang dimiliki. Saya kerap berangan, saya akui, akan tetapi pabila sedari angan-angan itu tidak mungkin menjadi nyata, aku lantas kembali berpijak di bumi nyata. Sedih menjelma dalam diri, sakit hati, kecewa, lantas aku berangan semula. Lalu itu semua membuatkan ku menjauhkan diri lagi daripada rakan-rakan yang lain. Ya saya akui, mungkin saya sendiri memilih jalan untuk hidup seorang diri, akan tetapi apakan daya, naluri itu sudah bersemadi dalam diri ini, seseorang yang memilih untuk hidup sendirian akan tetapi pada masa yang sama mahu untuk bersosial sepuas-puasnya, lantas aku menjadi gundah gulana. Aku diibaratkan seperti Holly Golightly lakonan arwah Audrey Hepburn, dalam filem Breakfast at Tiffany. An introvert trying to be an extrovert.

Aku terkilan, cemburu pabila melihat rakan sedang sibuk mengatur persiapan sempena parti yang akan datang. Saya juga ingin membantu, bukan kerana suka-suka, akan tetapi memang naluri itu sudah ada dalam diri, suka membantu orang, akan tetapi ada orang yang membantu diri ini? Saya terkilan lagi pabila mereka tidak langsung menanyakan saya samada saya ingin membantu mereka untuk persiapan tersebut, menelefon pun tidak, lantas aku memikirkan bahawa mereka ini sahaja tidak mahu aku berada di situ. Apakah daya, apa yang mampu ku lakukan hanyalah berdiam diri sahaja; jika aku menanyakan mengapa aku tidak dijemput, mungkin jawapan yang diberikan sama sahaja: kerana aku sibuk, ada itulah, ada inilah. Ya saya akui jikalau mereka ingin mengajak ku kemana-mana pasti aku memberikan jawapan seperti di atas. Akan tetapi pernahkah terlintas di fikiran mereka bahawa aku memberontak dalam diri ingin kehidupan sosial seperti yang mereka ada; walaupun sekadar membantu mereka untuk membuat persiapan kecil untuk parti, akan tetapi bagi ku ia lebih dari itu. Itu lah merupakan masa yang aku hargai, masa bersama rakan-rakan, walaupun singkat tetapi berharga. Kerana hakikatnya diri ini sentiasa keseorangan, di luar dan di dalam. Jikalau tidak, masakan aku menulis coretan ku di sini, seperti gaya orang yang ingin menagih simpati. Bukan! Aku mencoret di sini kerana inilah tempat yang kurasakan selesa bagi ku. Aku tidak kisah jikalau aku dikomen ingin menagih simpati, ingin itu, ingin ini, cukup kurasakan aku meluahkan apa yang tersirat di hati, tidak mahu ia menjadi barah di dalam diri. Cukup dengan semua kekecewaan ku selama ini. Aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada itu semua, kepada semua gundah gulana itu. Cukup.

Tidak perlu untuk memberi simpati kepada coretan ini, kerana anak muda ini penat memberi simpati terhadap diri sendiri, penat berhadapan dengan segala-galanya, penat untuk meluahkan secara lisan, maka aku hanya mampu menulis sahaja. Aku bertanya dalam diri: adakah ini takdir ku, hidup keseorangan, hidup tanpa mempunyai rakan yang ku boleh katakan sebagai rakan baik buat ku? Hidup kebosanan, setiap hari rutin sosial yang sama? Tidak sanggup untuk aku berhadapan dengan jawapan kepada semua persoalan itu, apatah lagi menyebutnya. Aku tidak berdaya memikirkan itu semua. Apa yang mampu ku buat sekarang adalah mengharap, agar takdir tidak  bermain-main dengan hidup ku, sebaliknya menemukan ku dengan rakan baik yang sesuai dengan diri ku. Ya saya akui, saya mengharap itu semua, seorang rakan baik, yang bukan sahaja ketawa bersama-sama ku, malah sanggup memikul aku di kala aku dilanda ribut masalah, di luar dan di dalam. Seorang rakan baik, hanya seorang, tidak lebih dari itu, yang memahami diri ku seadanya, dan aku berdoa kepada Tuhan, sekiranya aku Engkau anugerahkan seorang rakan baik, aku berjanji untuk menjadi seorang rakan baik kepada dia juga. Memahami dirinya, menerimanya seadanya, seperti dia menerima ku seadanya, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Ya, mungkin coretan di atas membuatkan kamu terfikir bahawa aku ini seorang yang tidak pandai untuk berkawan, tidak tahu untuk bersosial, tetapi inginkan kehidupan seperti seorang artis. Betul, memang itu benar. Akan tetapi otak kelabu ku berfikir, perlukah itu semua? Perlukah aku mempunyai kehidupan seorang artis, akan tetapi amalan hidupnya sangat jahanam sekali? Dikelilingi teman yang mampu ketawa bersama, akan tetapi kecut untuk menangis bersama. Tatkala setitik air mata yang jatuh menitik, tetiba sedar rakan ketawa telah tiada di sisi. Hilang entah ke mana, bak kata pepatah, "Gone with the wind". Kerana itulah aku mencoret seperti di atas, aku ingin seorang sahaja rakan baik, sudah lebih dari cukup buat ku. Aku senang dengan seorang rakan baik yang memahami diriku seadanya. Kepopularitian dalam kalangan rakan? Lebih baik kepopularitian dalam kalangan malaikat-malaikat di syurga, daripada kepopularitian dalam kalangan syaitan. Jikalau aku redha dengan wang material yang hanyalah sekadar cukup-cukup makan sahaja, biarlah aku redha juga dengan wang sosial yang ada. Biarlah wang sosial yang ada, cukup untuk membeli tiket ke syurga. Aku tak kisah popular, aku tak kisah mempunyai ramai kawan, asalkan mereka tidak menjahanamkan hidup ku, dan sanggup bersama aku di kala suka dan duka. Dan aku juga berharap agar aku menjadi matang dalam hidup, matang dalam memilih kawan yang betul, serta ditunjukkan jalan yang sentiasa menuju ke syurga. Amen.

Coretan di atas bukan untuk menagih simpati sesiapa, mahupun menimbulkan rasa sedih di hati pembaca blog yang lain. Anak muda yang menulis ini sekadar ingin meluahkan apa yang tersirat di dalam hati, yang telah lama terpendam, jangan dibiar merebak dalam diri katanya. Coretan ini sebagai peringatan kepada anak muda ini, juga untuk pembaca blog yang lain, agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, dan sentiasa beringat, wang bukan segala-galanya, walaupun segala-galanya memerlukan wang, samada wang material mahupun wang sosial. Coretan ini juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di hati anak muda ini bahawa segala-galanya ada waktu yang tersendiri, kita cuma perlu khuatir bagaimana harus bersiap untuk menyambut waktu seperti yang dikatakan itu. Perancangan harus sentiasa dilakukan, agar hati tidak lagi gundah gulana seperti coretan di atas. Di akhir kata, hargai apa yang ada sekarang, sebelum ia berlalu pergi.

Sekian.

Sunday, 7 November 2010

Cercaan si rumate ngan rumate sebelah...

Blog kali ni ditujukan khas buat status dan komen2 facebook ku yg kurasakan telah menghanjengkan rumate aku ngan rumate sebelah lantas mereka juga telah menghanjengkan aku...kelas kan stetmen. Cerita nya cenggini: tgh aku dok feeling nak melabur segantang emas dalam pusara putih lagi mahal dalam tandas tu, terdgr lah suara kepit rumate ku ngan rumate sblh tgh feeling ala2 Celine Dion dlm blik tu...dorg pagi2 buta ada kelas vokal, so bagi penduduk kampung Tekun USM, jgn hairan kalau tetiba ada suara serigala menyalak malam2, dorg kan artis terkemuka maka harus mereka jalani latihan vokal malam2, so sesiapa yang suke berangan jadi artis tu dan nak mantapkan vokal korg, dinasihatkan agar datang ke bilik M05, E7-51 dan trus buat appointment kat dorg. Waktu: bile2 masa shja katanya, kiranya aku sbgi agen terkemuka (konon) HARUS mempromote mereka...style.

Ni lah dia dua artis merangkap diva meletsss yang dikatakan itu...yang tgh pose feeling dia macho tu adalah Akmal, rumate sebelah...yang pose feeling cute kat background tu lah rumate ku, Farhan...kiranya ni lah cover album dorg nnt, Diva Menyalak nama album dorg, so apa lagi, rebut yg ori kat 7E brdktan okie...

Sbb hati ini tercuit dgr dorg nyanyi maka aku plan lah nak kaco dorg kan. So lepas mandi gosok sana sini, berkemas, pgi blik kawan, buka facebook dan taip:

PENGUMUMAN TERGEMPAR: Rumate, Muhamad Farhan & jiran sblh, Mal Cw tlah brjya mndndangkn lgu Jantung Ku Terus On yg dilalak oleh Celine Dion dgn superb skali mlh Mariah Carey jga trkesima mndgr whistle mrka yg konon2nya brjya melelapkn mata smua pnghuni Tekun. HARUS msk Utube, kot2 leh jdi the next Justin Bieber kan. hehehhee...weyh korg study lah...(gurau pgi buta...no hard feeling okie...)

Maka komen ini telah berjaya menarik hati kedivaan mereka dan beberapa lagi penghuni FB yang lain. Maka perang komen (perang lah sgt...) telah bermula:

Mal Cw sedap kot kami nyanyi. hahahahaha.

Eddy Edwin rumate sblh ko ni pun terkesima dgr weyh...aku tak jadi melabur seguni emas dlm tnds tdi sbb HARUS dgr korg nyanyi...hahahahaha

Muhamad Farhan Haha...kami berjaya wat jamban xtersumbat

Mal Cw tahniah. wangi jugak tandas harini. C:

Eddy Edwin hehehhehee...welcome...

Mal Cw pelaburan harini keras k lembut k cair/? hahahaha.

Eddy Edwin tak kuar...sebab kagum ngan suara korg, jubo aku pun tdo sat tak keje layan korg pny suara...hahahhaaa

Mal Cw HAHAAHAHAHAH.

Tergelak beso dia. Serius korg, jubo aku pun kagum sat dgr suara kepit dorg, tak jadi melabur u know, trus gulung tikar tandas tu. Tapi sbb dorg ni sgt syg rumate dorg yg muka ala2 pakcik ni, maka mereka telah membalas kembali status hanjeng itu dengan status yg kurasakan telah memecah lobang kan aku (dan Akmal) (status ditulis oleh Il Divo Mal Cw):

kepada jiran sebelah Eddy Edwin yang suka duduk lama2 (mengikut statistic: average dua jam) dalam tandas,. hhhahahaha. tu baru my heart will go on, belom lagi my all-mariah carey. hahahahhaa.

Mmg hanjeng lah kan stetmen atas tu, sampai dorg pakat nak like status tu...pecah lobang aku duk tandas lama2. Bukan ape, ade sebab okie kenapa aku suka tandas (oopppsss suka ke), dan sebab itu diberikan di bawah:

Eddy Edwin bukan 2 jam okie...jam ko lambat...okie aku nak dgr ko nyanyi lagu tu kalau tak sentap ko aku jahanam kan ko...hahahhahahaa

Mal Cw farhan dan aku dah buat hypothesis kot. average dua jam. hahahahah.

Eddy Edwin bagus korg mmg pelajar matematik tersohor...harus aplikasikan dlm statistik kan...untuk pengetahuan, bdn rumate sblh yg sekeding ni suke mkn bnyk, maka bnyk lah emas yg kuar kan, HARUS duk lame dlm tu, boleh gak aku fogging2 kan tandas kan, nyenyak tdo korg takde nyamuk...korg patut berterima kasih...

Fogging kononnye, pastu tetiba GF Akmal merangkap model photoshoot beliau (untuk pengetahuan Akmal suka tangkap dan edit gambar2, kalau nak tgk, leh add dia dan tgk gmbr2 tu smua...ewaahhh, promote rumate sebelah nmpk, lepas ni harus dia spon aku!!!) tetiba dtg join 'perang' kitorg, wlupun dia tak duduk tandas lama2 dan ambil kelas vokal dorg. Gambar tak leh nak tunjuk kan, kena ada permisi tuan empunya hati ngan badan serta Akmal, sebab takut nanti Akmal bagi Code Red kat aku sebab semua jantan beratur nak isi borang hati Herdyana (tapi aku dah pecah lobangkan nama FB die, so taip dan tgk jelah kan profile pic die):

Herdyana Hamid Chai critical value dy apa?
ouh. hye farhan!

Mal Cw ed: fogging yg bagos. dgn adanya hg, kurang nyamuk nk geget jubur ak dlam tandas. hehehehe.

herd: critical value *sat nk rujuk table*. hahahaha. farhan ja? :C

Eddy Edwin herdyana: rumate farhan okie...plajar math gak ke???

Untuk pengetahuan, komen di atas bukan bermaksud memperkenalkan diri kepada si Herdyana tu. Aku ingatkan komen 'hye farhan!' dia tu ditujukan utk aku (padahal jelas ditujukan pd rumate ku), yelah bukan tiap2 hari perasan kan. So aku bg komen atas tu nak tunjukkan yang dia tersalah orang...motiff sgt.

Eddy Edwin mal: stetmen ko...mcm lah nyamuk tu taste sgt ngan jubo hg

Mal Cw ed: jubur ak gilaan rmai nyamuk betina. okayy,.

Herdyana Hamid Chai mal : aku hye farhan sbb die tade dalam frenlist aku.

eddy : hye jugak. terima kaseh kerana tolong aku cari akmal hari tu. haha.

Mal Cw herd: hahahahahahah. ak ingatkan jabatan agama mna cari ak takpi smayang time tu. -.-

Dia pecah lobang sendiri dia tak pi semayang, adoiiiii...

Herdyana Hamid Chai kau kalau tdo macham orang mninggal. -.-

Ko baca stetmen GF ko tu Mal, harus lah ko bertaubat mulai skrg okie. Seram sejuk ais baca stetmen kelas si dyana tu. Continued:

Eddy Edwin mal: hahahhahhahaa...betina ke??? kot2 nyamuk tu gay ke, bapok ke sja nak taste ko kan...hehehehhe

herdyana: akmal mmg camtu...sbb dia penat melalak mlm2 buta haruslah dia ada beauty sleep dia kan...tu yg tdo mcm sleeping macho tu...

Mal Cw herd: ak bgun kalau adik ak bangun. haahahhaha.

ed: macho gila kot. hahahaha.

Herdyana Hamid Chai sapa adek kau?meyh kenalkan ngn aku.mengidam weh.hahah.

Pada pikiran aku, stetmen si dyana di atas membuatkan aku wonder yang dia ni agak noty...opppsss!!! Mal, kalo ko baca ni, HARUS aku sujud 20 jari minta ampun kat ko, sbb pikir yg bukan2 kat GF ko.

Eddy Edwin mal, ko mmg macho kot, taste aku kat ko pnya braces, nak buat satu gak...hahahhaa

Herdyana Hamid Chai edy. aku pon. jom pakai braces.

Mal Cw herd: knal j? hahahahaha.

ed: tawu pn jiran hg hensem. hahahha.

Eddy Edwin dyana: kelas kan akmal pki braces...minta spon dia buat utk kitorg satu...hahahahhaa

Mal Cw amik dawai, pastu ltak kat gigi.

klaw susah jmpa dawai, amik kat tempat penyidai kat lua.
simple. hahahah.

Agak2nya tym ni si Akmal tlh memberi Code Red kat Dyana ni supaya jgn menggatal ngan jantan HOTS lagi MELETSS yang lain, tu yg dia diam trus tu...oppsss sapakah jantan meletsss itu???

Eddy Edwin amboi, tak pasal2 aku kena tangkap dr naza sbb ambil dawai penyidai baju dia...hahahahhaaa, alah hg jual lah apple ko buat spon braces aku...huhuhuuuu

Dr. Naza merupakan Sultan merangkap ketua felo bagi kampung @ Desasiswa Tekun. Motif stetmen atas saje nak bagi tunjuk yang rumate sblh aku ni kaya bebenor, siap buat braces pastu ada Apple lak tu...kelas ko Akmal.

Mal Cw ingt ni apple buah ka? hahahahaha.

marry me, nnt braces bukan dkt gigi sahaja, mlah 1 bdan hg ak ltk dawai. hahahah.

Stetmen kedua tu xleh blah. Tak pasal2 stetmen atas tu aku bermadu ngan Dyana nanti.

Eddy Edwin style dowh...aku dh mcm terminator kot ko buat aku camtu...apsal farhan diam je??? mn cercaan (komen) dia ni???

Mal Cw tidurrrrr.dibuai mimpi..

Eddy Edwin owh, kalo aku lariksss, pandai dia dtg blik nak tdo...sblm ni dia asyik menggatal kat blik ko kan...hahahhahaa

Serius, aku dah anggap dorg ni mcm pasangan bahagia dah, tu yang aku tak kacau dorg kalo dorg berzina dalam blik tu, even dgn pintu blik terbuka luas!!!

Ada lagi sbnrnya komen tu, tpi xde kena mengena ngan N3 ni so aku biarkan jelah, walaupun tahap gaban lucu dia lagi nak mampus (lucu ke???). Motif aku nak buat status menghanjengkan rumate ngan rumate sblh ade sbb...aku bukan selalu ada dlm blik, plus aku seorg yg pendiam (betul ke aku pendiam???), so kiranya dgn status tu dptlah aku gurau lite2 ngan dorg kan. Lagi satu, semlm, around kul 7 mcm tu, baru 1st tym aku nmpk rumate aku merokok!!! Dunhill lak tu...mungkin sebab dia stress kot nak penuhkan stok memori kat otot kelabu dia tu (otak lah) tu yg dia pi lepas tension tu. Lahanat kan mulut, saje menghanjengkan rumate sndri. Apa2 pun aku bangga dpt kwn mcm korg, sebab tiap2 malam aku terhibur dgr suara korg yg serak2 serigala tu...smpi bulan pun tak muncul2 sbb takut dgr korg...jgn berlanjutan dah lah, mcm aku tahun lepas...ditegur senior suruh diam. Alah, ko yg terpegun dgr aku nyanyi suruh aku diam plak...agak2 suara ko tak lah sesedap suara aku kan...motif ko jeles ngan aku...perghhh stetmen!!! Apa2 pun di minggu yang menghancurkan kepala sebab studi bgai nak gila ni, aku mengucapkan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, SEMESTER PERTAMA 
SIDANG AKADEMIK 2010/2011